Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob: 186 rencana diterbitkan di laman Factually bagi banteras berita palsu, khabar angin

Sebanyak 186 rencana diterbitkan di laman pemerintah Factually sejak ia diperkenalkan pada Mei 2012. Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim di Parlimen hari ini (28 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Feb 2018 12:47PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 01:12AM

SINGAPURA: Sebanyak 186 rencana diterbitkan di laman pemerintah Factually sejak ia diperkenalkan pada Mei 2012. Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim di Parlimen hari ini (28 Feb).

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Sun Xueling, beliau berkata rencana-rencana dimuat naik ke laman gov.sg "dari masa ke semasa dan tepat pada waktunya bagi membanteras berita palsu secepat mungkin".

Laman itu turut memperbetulkan segala dakwaan palsu mengenai pelbagai isu iaitu dari simpanan dan cukai hingga ke pengambilan pekerja, dan rencana-rencananya disasarkan kepada "DRUMS - fakta yang diputarbelitkan, khabar angin, mitos dan berita yang memburuk-burukkan seseorang".

Misalnya, pada Januari tahun ini, terdapat beberapa rencana online yang mendakwa Pemerintah menaikkan jumlah persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) secara senyap-senyap. "Hakikatnya, perangkaan yang disemak semula sudah diumumkan pada 2015 dan sudah dilaporkan oleh media," jelas beliau.

Satu lagi khabar angin di laman online mendakwa universiti-universiti awam di sini sudah memperuntukkan kuota sekurang-kurangnya 20 peratus bagi pelajar asing, sedangkan dasar seumpama itu tidak wujud sama sekali, tegas Dr Yaacob.

Dr Yaacob turut mengatakan selain rencana-rencana, Factually menggunakan grafik-grafik supaya para pembaca lebih mudah memahami isu-isu yang dikupas dan, pada tahun depan, ia juga akan menimbangkan penggunaan video.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan