Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Vivian tegaskan pentingnya ASEAN bersatu di tengah-tengah perkembangan dunia

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menekankan pentingnya sebuah ASEAN yang bersatu ketika "banyak perkara sedang berlaku di dalam dan di luar blok serantau itu".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2018 10:08PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 10:11PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menekankan pentingnya sebuah ASEAN yang bersatu ketika "banyak perkara sedang berlaku di dalam dan di luar blok serantau itu".

Dr Balakrishnan menegaskan demikian dalam ucapan pembukaannya di mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN yang sedang berlangsung di negara ini.

Pertemuan tersebut sebahagian darpada sidang puncak para pemimpin ASEAN yang ke-32 dan yang pertama dipengerusikan oleh Singapura tahun ini.

"Kita bercadang untuk mengambil langkah berundur sedikit dan melibatkan diri dalam perbincangan lebih mendalam mengenai masa depan strategik ASEAN dan kita juga meneroka peluang-peluang serta cara-cara bagi menggerakkan usaha membangun masyarakat.

"Kita perlu menilai bagaimana yang terbaik untuk kita mengukuhkan kedudukan ASEAN kepada rakan-rakan luar dan lebih penting lagi kepada rakyat kita di negara masing-masing," kata Dr Vivian. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan