Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Thum Ping Tjin 'jelas berbohong' tentang kelayakan akademiknya

Ahli sejarah, Dr Thum Ping Tjin, "dengan jelas berbohong" mengenai kelayakan akademiknya dalam bukti yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan yang ditugaskan untuk meneliti masalah membanteras kepalsuan online disengajakan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Thum Ping Tjin 'jelas berbohong' tentang kelayakan akademiknya

Ahli sejarah, Dr Thum Ping Tjin, semasa perbincangan awam pada Mac 2018.

Diterbitkan : 20 Sep 2018 08:00PM Dikemas Kini : 20 Sep 2018 09:05PM

SINGAPURA: Ahli sejarah, Dr Thum Ping Tjin, "dengan jelas berbohong" mengenai kelayakan akademiknya dalam bukti yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan yang ditugaskan untuk meneliti masalah membanteras kepalsuan online disengajakan. Demikian menurut Jawatankuasa itu dalam laporan yang dikeluarkan pada Khamis (20 Sep).

Ia tidak mendapati Dr Thum sebagai wakil berwibawa berdasarkan tingkah lakunya dengan jawatankuasa tersebut. Lantaran itu, Jawatankuasa itu juga tidak memberi pertimbangan kepada pandangan-pandangan Dr Thum.

Ditanya mengapa Dr Thum disebut secara khusus dalam laporan tersebut, Menteri Undang-Undang K Shanmugam, yang juga merupakan anggota jawatankuasa tersebut, menjawab bahawa Dr Thum adalah salah seorang wakil semasa perbincangan awam itu dan memberikan keterangan.

Jawatankuasa berkenaan membuat 22 saranan mengenai cara-cara menangani masalah kepalsuan online disengajakan. Sebelum itu, pada bulan Mac, ia menerima hampir 170 saranan bertulis dan 65 keterangan lisan daripada 65 individu dan pertubuhan dalam satu sesi lapan hari.

Namun kini, saranan yang dibentangkan oleh Dr Thum dikeluarkan kerana beliau didapati tidak berwibawa.

Menurut Jawatankuasa itu, Dr Thum memperkenalkan dirinya sebagai ahli sejarah yang menyandang jawatan-jawatan berprestij seperti profesor undangan dan penyelidik di Universiti Oxford.

Universiti itu bagaimanapun mengesahkan bahawa kedua-dua jawatan itu tidak dibayar gaji, sambil menambah bahawa Dr Thum tidak pernah diambil bekerja di situ.

Satu lagi isu yang dibangkitkan adalah ketika Dr Thum dipersoalkan tentang dakwaan utamanya bahawa komunis tidak pernah memainkan peranan dalam politik Singapura. Beliau mencabar adanya konspirasi komunis yang membawa kepada penangkapan tahun 1963.

Dr Thum mengakui semasa perbincangan awam itu bahawa beliau tidak membawa atau memilih untuk mempertimbangkan kenyataan hidup pemimpin kanan Parti Komunis Malaya, termasuk pemimpinnya, Chin Peng.

Beliau juga mengaku di depan khalayak ramai bahawa beliau tidak menjelaskan dalam tulisannya mengenai mengapa beliau tidak mengambil kira kisah hidup mereka.

Menurut Jawatankuasa berkenaan, Dr Thum juga gagal menghasilkan dokumen-dokumen untuk menyokong dakwaannya bagi menunjukkan ia tidak bercanggah dengan apa yang ditulis dalam terbitannya.

Jawatankuasa tersebut menyatakan bahawa perkara itu menjejas kewibawaan Dr Thum sebagai seorang sejarawan. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan