Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Ng gesa ASEAN kekal "terbuka, tidak berpihak dan inklusif"

Negara-negara anggota ASEAN mesti kekal "terbuka, tidak berpihak dan inklusif" atau menghadapi risiko kedudukan dan pengaruh yang lemah.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Ng gesa ASEAN kekal "terbuka, tidak berpihak dan inklusif"

Dr Ng Eng Hen berucap di Program Asia Pasifik ke-20 untuk Para Pegawai Tentera Kanan di Singapura.

Diterbitkan : 06 Aug 2018 08:24PM Dikemas Kini : 06 Aug 2018 08:57PM

SINGAPURA: Negara-negara anggota ASEAN mesti kekal "terbuka, tidak berpihak dan inklusif" atau menghadapi risiko kedudukan dan pengaruh yang lemah.

Seruan ini dibuat oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, yang berucap di Program Asia Pasifik ke-20 untuk Para Pegawai Tentera Kanan di Singapura.

Program enam hari itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan di kalangan para pegawai pertahanan dan tentera di rantau ini.

Menyampaikan ucaptamanya, Dr Ng menegaskan bahawa kedudukan ASEAN tidak dicapai melalui keutuhan ekonomi atau kuasa tenteranya tetapi kerana kuasa lebih besar sedar bahawa kedudukan ASEAN ini dapat memelihara keamanan dengan lebih baik, selaras prinsip-prinsip teras ASEAN.

Selain lokasinya yang berada dalam kedudukan strategik antara Laut China Selatan dengan Selat Melaka, kedua-keduanya penting untuk perdagangan.

Beliau menambah bahawa mengekalkan kedudukan ini adalah kunci untuk mencapai wawasan ASEAN yang makmur pada 2040.

Untuk menggalak kemantapan, beliau berkata ASEAN dan China harus segera meluluskan Kod Etika di Laut China Selatan. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan