Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Ng Eng Hen, pemimpin pertahanan sedunia sahkan hubungan dua hala

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan sejawatannya di luar Persidangan Keselamatan Munich di Jerman pada Sabtu (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2019 06:37PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 10:35PM

MUNICH: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan sejawatannya di luar Persidangan Keselamatan Munich di Jerman pada Sabtu (16 Feb).

Persidangan itu menghimpunkan para pemimpin pertahanan dan ehwal luar dari merata dunia.

Ketika di Jerman, Dr Ng bertemu dengan Setiausaha Negara bagi Pertahanan Britain, Gavin Williamson. Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menegaskan lagi tentang pentingnya Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani tahun lalu.

Selain itu, Dr Ng juga mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatannya dari Lithuania dan Kuwait. Para pemimpin mengesahkan hubungan pertahanan yang baik antara negara-negara mereka dengan Singapura.

Dr Ng turut berkongsi pandangannya di sesi Meja Bundar Para Pemimpin Muda Munich mengenai topik-topik seperti masa depan Kesatuan Eropah.

Beliau juga menyentuh tentang amalan Islam dan kemodenan. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan