Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Ng Eng Hen hadiri jamuan tengah hari Majlis Atlantic di Munich

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menghadiri jamuan tengah hari Majlis Atlantic pada Isnin (17 Feb) di luar Persidangan Keselamatan Munich yang ke-56.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Ng Eng Hen hadiri jamuan tengah hari Majlis Atlantic di Munich
Diterbitkan : 17 Feb 2020 11:30PM Dikemas Kini : 17 Feb 2020 11:32PM

SINGAPURA: Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menghadiri jamuan tengah hari Majlis Atlantic pada Isnin (17 Feb) di luar Persidangan Keselamatan Munich yang ke-56.

Dr Ng turut menemui rakan sejawatannya dari Jerman, Menteri Pertahanan Persekutuan Annegret Kramp-Karrenbauer buat pertama kalinya.

Semasa pertemuan itu, Dr Ng menyampaikan penghargaan Singapura di atas sokongan Jerman bagi latihan tentera di sana.

Kedua-dua negara juga meninjau bidang-bidang kerjasama baru dalam isu keselamatan siber dan usaha memerangi maklumat salah.

Semasa jamuan tengah hari itu juga, para perwakilan dan pegawai eksekutif perniagaan berbincang tentang perkembangan keselamatan dan politik di rantau ini serta di peringkat sejagat.

Dr Ng turut menyentuh tentang peranan Singapura dalam membina keyakinan di rantau ini. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan