Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Maliki puji, hargai pengorbanan umat Islam S'pura

Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman berkata beliau "memuji dan menghargai pengorbanan" masyarakat Islam tempatan yang bersatu hati dan bekerjasama semasa pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman berkata beliau "memuji dan menghargai pengorbanan" masyarakat Islam tempatan yang bersatu hati dan bekerjasama semasa pandemik COVID-19.

Dr Maliki berkata demikian semasa menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha melalui catatan di laman Facebooknya pada Khamis (30 Jul).

Beliau berkongsi bahawa walaupun terdapat keinginan di pihak kepimpinan untuk membuka lebih banyak ruang bagi membolehkan para jemaah bersolat di masjid-masjid tempatan, perjuangan untuk memerangi COVID-19 masih belum berakhir.

Pengalaman negara-negara lain, kata Dr Maliki, menunjukkan gelombang baru jangkitan mungkin berlaku "jika kita tidak berwaspada".

Oleh itu, beliau mengajak masyarakat supaya meneruskan sikap bertanggungjawab dan berhati-hati agar masyarakat dapat beribadah dengan selamat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan