Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Maliki Osman lakukan lawatan rasmi ke Kota Jambi, Pekanbaru

Menteri Negara Kanan Kementerian Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman akan melakukan lawatan ke Kota Jambi di wilayah Jambi dan Pekanbaru di wilayah Riau, Indonesia dari Isnin (10 Feb) hingga 13 Feb.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki Osman lakukan lawatan rasmi ke Kota Jambi, Pekanbaru

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman. (Gambar fail: Brandon Tanoto)

Diterbitkan : 09 Feb 2020 11:06PM Dikemas Kini : 09 Feb 2020 11:09PM

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Kementerian Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman akan melakukan lawatan ke Kota Jambi di wilayah Jambi dan Pekanbaru di wilayah Riau, Indonesia dari Isnin (10 Feb) hingga 13 Feb.

Lawatan tersebut diadakan sebagai sebahagian usaha berterusan Singapura untuk meluaskan kerjasama dan memperdalam hubungan dengan Indonesia di tahap serantau.

Di Jambi, Dr Maliki dijadual bertemu Gabenor Jambi, Fachrori Umar, Datuk Bandar Kota Jambi Syarif Fasha, Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Rocky Candra dan para anggota DPRD Jambi, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini.

Dr Maliki juga akan bertemu dengan para pemimpin perniagaan tempatan, para pelajar dan anggota fakulti Universiti Islam Negara Sultan Thaha Saifuddin, dan anggota alumni Program Kerjasama Singapura.

Menurut MFA lagi, di Pekanbaru beliau akan bertemu dengan Gabenor Riau, Syamsuar, dan Datuk Bandar Pekanbaru, Firdaus. Dr Maliki juga dijadual menemui para pemimpin badan-badan Islam tempatan.

Dr Maliki akan diiringi para pegawai MFA.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan