Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Maliki bertemu pemimpin UAE semasa lawatan ke Abu Dhabi

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Amiriah Arab Bersatu (UAE) di luar Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa (IDEX) 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki bertemu pemimpin UAE semasa lawatan ke Abu Dhabi

Dr Mohamad Maliki Osman bersama Pengerusi Pejabat Eksekutif merangkap Pemangku Pengerusi Jabatan Kewangan Abu Dhabi, Jassim Mohammed Al Zaabi. (Gambar-Gambar: MINDEF)

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Amiriah Arab Bersatu (UAE) di luar Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa (IDEX) 2019.

Dr Maliki kini di Abu Dhabi dalam rangka lawatan selama tiga hari ke negara itu sejak 15 Februari.

Di luar acara IDEX dari Sabtu (16 Feb) hingga hari ini (17 Feb), Dr Maliki mengadakan pertemuan dengan para pegawai kanan UAE, termasuk Menteri Negara Hal Ehwal Pertahanan Mohammed Al Bawardi, Menteri Negara merangkap Pengerusi Pasaran Global Abu Dhabi Ahmed Bin Ali Al Sayegh, serta Pengerusi Penguasa Ehwal Eksekutif Abu Dhabi Khaldoon Al Mubarak, dan Pengerusi Pejabat Eksekutif merangkap Pemangku Pengerusi Jabatan Kewangan Abu Dhabi Jassim Mohammed Al Zaabi.

Semasa pertemuan itu, mereka mengesahkan lagi hubungan dua hala dan pertahanan yang mesra dan muhibah antara Singapura dengan UAE. Selain itu, para pemimpin tersebut juga membincangkan perkembangan dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.

IDEX merupakan pameran pertahanan antarabangsa yang terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Acara itu, yang diadakan setiap dua tahun, dihadiri oleh para wakil daripada industri pertahanan, pemerintah dan pasukan pertahanan dari seluruh dunia.

Di acara IDEX, Dr Maliki berucap semasa panel berjudul "Keselamatan dan Kestabilan: Kestabilan Generasi dan Misi Penyusunan Semula Seterusnya", di mana beliau menyentuh mengenai pandangan Singapura tentang usaha pengganasan menjangkaui rantau ini.

Dr Maliki turut melahirkan harapan agar rakan-rakan antarabangsa akan terus bekerjasama bagi mewujudkan tindak balas yang komited dan holistik terhadap ancaman pengganasan.

Sebagai sebahagian daripada lawatannya ke UAE, Dr Maliki juga menghadiri satu jamuan makan sempena sambutan Tahun Baru Cina bersama rakyat Singapura yang menetap di UAE, yang diadakan di Dubai pada Jumaat (15 Feb).

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan