Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Maliki berkunjung ke Brunei sempena Aidilfitri; perkukuh hubungan dua hala

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohd Maliki Osman melakukan lawatan ke Brunei sempena Hari Raya Aidilfitri dari 6 hingga 10 Jun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki berkunjung ke Brunei sempena Aidilfitri; perkukuh hubungan dua hala

Gambar-gambar: Kementerian Ehwal Luar

BRUNEI DARUSSALAM: Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohd Maliki Osman melakukan lawatan ke Brunei sempena Hari Raya Aidilfitri dari 6 hingga 10 Jun ini.

Lawatan tahunan tersebut mencerminkan hubungan muhibbah dan kian lama terjalin antara Singapura dengan Brunei, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam (7 Jun).

Dr Maliki diiringi isterinya Cik Sadiah Shahal, Anggota Parlimen Joan Pereira dan suaminya Encik Eric Lum serta Anggota Parlimen Henry Kwek dan isterinya, Cik Kwek bagi lawatan tersebut.

Semalam, rombongan dari Singapura itu mengadakan lawatan ke Istana Nurul Iman untuk menyampaikan ucapan Hari Raya para pemimpin Singapura kepada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan isterinya, Pengiran Anak Hajah Saleha.

Sultan Brunei turut menegaskan hubungan dua hala istimewa dan kerjasama yang cemerlang antara kedua-dua negara.

Dalam lawatan ke Brunei kali ini, Dr Maliki juga menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh sebilangan menteri dan timbalan menteri serta tokoh-tokoh terkemuka negara itu, di samping mengadakan lawatan ke pangkalan latihan tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Brunei.

Pada hari-hari seterusnya, rombongan dari Singapura itu bakal berkunjung ke rumah terbuka menteri-menteri dan pegawai-pegawai lain di Brunei.

Dr Maliki turut diundang sebagai Tetamu Terhormat Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Brunei bagi para pemimpin dan pegawai Brunei serta masyarakat Singapura di sana, pada 9 Jun ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan