Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Maliki beri ucapan Aidilfitri dalam bahasa Bengali, Tamil

Jika tempoh hari Dr Mohamad Maliki Osman menarik perhatian ramai dengan bertutur dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien, pada Ahad (24 Mei) pula beliau menunjukkan kepetahannya berbahasa Tamil dan Bengali!

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki beri ucapan Aidilfitri dalam bahasa Bengali, Tamil

(Petikan skrin: Facebook/Maliki Osman)

Diterbitkan : 24 May 2020 11:47PM Dikemas Kini : 25 May 2020 07:26AM

SINGAPURA: Jika tempoh hari Dr Mohamad Maliki Osman menarik perhatian ramai dengan bertutur dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien, pada Ahad (24 Mei) pula beliau menunjukkan kepetahannya berbahasa Tamil dan Bengali!

Dr Maliki, yang merupakan Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, memuat naik dua rakaman video berasingan di laman Facebooknya menampilkan beliau memberi ucapan Selamat Hari Raya dalam kedua-dua bahasa itu.

Dalam video pertamanya, Dr Maliki bertutur dalam bahasa Benggali untuk meluahkan rasa terima kasih kepada para pekerja asing dari Bangladesh yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita menyambut Aidilfitri dalam masa yang sukar sekarang. Namun kesucian dan semangat Aidilfitri tetap kekal di hati," kata beliau dalam bahasa Benggali dan kemudian dalam bahasa Inggeris.

"Saya mengucapkan kepada anda sekeluarga Selamat Aidilftiri. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas anda dalam masa-masa mencabar ini. Eid Mubarak!"

Dalam satu catatan berasingan, Dr Maliki menujukan ucapannya kepada semua anggota masyarakat Muslim India di sini.

"Kita menyambut Aidilfitri dengan agak berbeza tahun ini. Namun ia tidak seharusnya melunturkan semangat sebenar di balik Aidilfitri, di mana kita merayakan kejayaan sebulan berpuasa dan juga bersatu-padu dalam mengatasi COVID-19. Saya ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri!," kata beliau.

Dalam catatan di Facebook itu, Dr Maliki turut berseloroh bahawa beliau berharap orang ramai dapat "memaafkan bahasa Tamil asas saya" dan "diharapkan anda semua faham".

Awal bulan ini, Dr Maliki memuat naik dua rakaman yang menunjukkan beliau bertutur dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien.

Kedua-duanya membawa pesanan agar warga senja duduk di rumah supaya dapat mengelakkan daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19. 

LAPORAN BERKAITAN:


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Syawal: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan