Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Mahathir intai lebih banyak kerjasama NUS-Universiti Malaya

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad berharap akan ada kerjasama lain antara Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan Universiti Malaya (UM) dan menggalak lebih banyak kerja-kerja penyelidikan bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir intai lebih banyak kerjasama NUS-Universiti Malaya

Dr Mahathir di satu majlis penganugerahan yang diadakan di Kampus Kent Ridge NUS. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 05:04PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 05:09PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad berharap akan ada kerjasama lain antara Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan Universiti Malaya (UM) dan menggalak lebih banyak kerja-kerja penyelidikan bersama.

“Penyelidikan kini adalah satu keperluan di samping program-program universiti. Penyelidikan sangat mahal. Kadang-kadang penyelidikan sama-sama dijalankan pihak Malaysia dan Singapura... sekali lagi kita sudah menunjukkan satu contoh bagaimana dua institusi dapat bekerjasama dalam penyelidikan untuk membangunkan sesuatu yang dapat membantu masyarakat secara menyeluruh dan orang sakit khususnya.

“Ini adalah sesuatu yang perlu disokong oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan saya pasti pemerintah Singapura juga," katanya dalam ucapannya setelah menerima Doktor Kehormat Undang-Undang oleh NUS, yang merupakan alma mater beliau, hari ini (13 Nov).

Dr Mahathir melahirkan rasa gembira kerana masih terdapat kerjasama antara kedua-dua universiti.

“Saya kagum dengan kerjasama terutama dalam rawatan leukemia. Ia memberi kesan kepada banyak kanak-kanak dan ini adalah penting bahawa anda membuat kemajuan dalam bidang ini," katanya.

Terdahulu, Presiden NUS Profesor Tan Eng Chye menekankan kerjasama kedua-universiti yang “membawa sinar” menerusi penemuan yang mengubah gaya hidup menerusi kemoterapi yang disesuaikan untuk kanak-kanak yang menghidap leukemia berisiko tinggi, meningkatkan kadar penyembuhan, dan mengurangkan kadar berulang.

Kajian kedua-dua negara, yang melibatkan sekolah perubatan UM dan NUS adalah yang pertama di dunia yang membuktikannya, " katanya dalam ucapan alu-aluannya.

Kedua-dua universiti itu adalah rakan kongsi dalam Persatuan Universiti Rim Pasifik dan Rangkaian Universiti ASEAN.

Profesor Tan melahirkan harapan agar kedua-dua universiti itu akan terus bekerjasama untuk mewujudkan impak yang mampan.

"NUS berhasrat bekerjasama dengan UM dan universiti-universiti Malaysia yang lain untuk membina rangkaian penyelidikan, inovasi dan perusahaan yang kuat di Asia Tenggara.

"Rangkaian ini akan memudahkan aliran bakat dan idea, untuk mewujudkan dan mengembangkan banyak peluang perkongsian bagi rantau ini dan masyarakat kita," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan