Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Mahathir bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang NUS

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh alma mater, Universiti Nasional Singapura (NUS), semasa beliau melakukan lawatan rasmi ke republik ini mulai Selasa (13 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang NUS

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: Lillian Suwanrumpha/AFP)

Diterbitkan : 11 Nov 2018 04:42PM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 01:46PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh alma mater, Universiti Nasional Singapura (NUS), semasa beliau melakukan lawatan rasmi ke republik ini mulai Isnin (12 Nov).

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura, Dr Mahathir akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Singapura atas jemputan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Majlis pengurniaan ijazah itu akan diadakan pada hari kedua lawatan beliau.

Pada hari pertama, Dr Mahathir akan menghadiri upacara sambutan, mengunjungi Presiden Halimah Yacob dan mengadakan perjumpaan dengan Encik Lee Hsien Loong.

Menurut MFA lagi, PM Lee dan isterinya akan meraikan Dr Mahathir serta isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dalam satu majlis jamuan tengah hari.

Sejenis orkid juga akan diberi nama sempena nama Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah, menurut kementerian itu.

Pada hari kedua lawatan, Dr Mahathir akan diraikan dalam majlis jamuan tengah hari oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.

Dalam lawatan itu, Dr Mahathir akan turut diiringi oleh Menteri Luar Saifuddin Abdullah dan beberapa pegawai kanan kerajaan.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan