Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Faishal tumpang gembira 70% banduan duduki GCE 'N' layak masuk politeknik

Para banduan dan tahanan di penjara yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat N tahun ini mencatatkan keputusan yang baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Faishal tumpang gembira 70% banduan duduki GCE 'N' layak masuk politeknik

Kertas keputusan salah seorang banduan yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'N" 2020. (Gambar: Dr Faishal Ibrahim\Facebook)

SINGAPURA: Para banduan dan tahanan di penjara yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat N tahun ini mencatatkan keputusan yang baik.

Dalam catatan Facebooknya pada Ahad (20 Dis), Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim turut menumpang gembira dan berbangga atas pencapaian mereka meskipun terdapat gangguan yang disebabkan oleh penularan COVID-19.

"Dengan sukacita saya ingin memaklumkan bahawa para pelajar ini berjaya meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan GCE Peringkat 'N' mereka!" tulis beliau dalam catatan Facebooknya itu.

Menurut Dr Faishal lagi, daripada 68 banduan yang menduduki peperiksaan aliran Normal Akademik [N(A)], 53 daripada mereka berjaya lulus lima mata pelajaran.

Hampir 70% atau 47 daripada mereka malah layak menyertai Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP) atau Program Asas Politeknik (PFP).

Seramai 43 banduan yang menuntut aliran Normal Teknikal [N(T)] pula lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran dan layak mengikuti kursus-kursus Latihan Pendidikan Berterusan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Dalam pada itu, Dr Faishal juga meluahkan penghargaannya kepada pasukan guru dan pegawai berdedikasi yang membimbing banduan-banduan tersebut.

Menurut beliau, pencapaian itu tidak akan dapat diraih tanpa bantuan pihak-pihak yang terlibat.

Mengakhiri catatannya, Dr Faishal berkata: "Saya bersyukur dan berterima kasih kerana mempunyai sebuah pasukan guru dan pegawai yang sangat berdedikasi dan mereka memainkan peranan yang besar dalam meraih pencapaian ini."

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan