Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Faishal: Penyertaan wanita dalam pucuk kepimpinan korporat cetus tadbir urus lebih dinamik

Kerencaman pandangan yang dibawa oleh penyertaan wanita dalam pucuk pimpinan korporat menymbang kepada tadbir urus yang lebih dinamik, menurut Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Faishal: Penyertaan wanita dalam pucuk kepimpinan korporat cetus tadbir urus lebih dinamik

படம்: ara pekerja di Raffles Place. (Gambar fail: Ngau Kai Yan)

SINGAPURA: Menyertakan wanita dalam pucuk kepimpinan korporat adalah langkah yang baik kerana golongan tersebut membawa perspektif berbeza.

Usaha ini sekaligus menyumbang kepada tadbir urus yang lebih bersemangat dan dinamik dalam syarikat.

Malah, kerencaman pandangan ini juga boleh dipraktikkan dalam masyarakat.

Demikian menurut Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim bagi menutup tirai Dialog PraBelanjawan, dalam Siri Wawasan Majlis Pertubuhan-pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) malam tadi (9 Jan).

Menurut beliau, matlamat yang sama ini dikongsi MSF dalam menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kerencaman pada tahun 2014, iaitu bagi membina pewakilan wanita dalam lembaga syarikat.

Siri dialog malam ini kali ketiga diadakan dan dianjurkan SCWO dengan sokongan MSF.

Ia bertujuan memberi wadah kepada pemimpin wanita untuk berdialog secara aktif dengan pemerintah, dalam pelbagai isu.

Dr Amy Khor semasa sesi dialog anjuran SCWO (Gambar: Ira Musfirah)

Dr Indranee Rajah semasa sesi dialog anjuran SCWO pada 9 Jan (Gambar-gambar: Ira Musfirah)

Dialog sebelum ini diserikan Menteri Grace Fu dengan tajuk 'Wanita dan Pucuk Kepimpinan', serta Menteri Negara Kanan Dr Amy Khor berhubung 'Wanita dan Kesihatan'.

PENDIDIKAN UNIVERSAL BANTU BINA MASYARAKAT SAKSAMA

Dalam ucapannya, Dr Faishal menarik perhatian faktor penting yang membantu Singapura membangunkan masyarakat yang lebih saksama dari segi jantina adalah pendidikan universal bagi semua kanak-kanak.

"Hari ini, kaum wanita berpendidikan tinggi dan menyumbang secara aktif kepada ekonomi kita.

"Sebagai contoh, pada 2017, wanita membentuk 51.6 peratus graduan di universiti-universiti. Oleh sebab wanita membentuk separuh daripada bilangan penduduk dan kumpulan bakat kita, adalah penting untuk menyertakan wanita dalam perbincangan, termasuk dalam bilik lembaga syarikat," jelas beliau.

PLATFORM WANITA KEMUKA ISU PENTING, BERI CADANGAN

Mengulas Siri Wawasan SCWO sebagai sesuatu yang "bermakna", Dr Faishal juga menekankan ia memberi wadah kepada kaum wanita menyertai perbincangan nasional, mengemukakan isu penting dan yang menjejas mereka serta mencadangkan cara menangani keprihatinan ini.

"Bagi saya, membuka mulut itu sendiri satu bentuk memberi kuasa, kerana hanya dengan mengutarakan pendapat, anda dapat melakukan perubahan dalam masyarakat," kata beliau.

Prof Madya Faishal Ibrahim berucap di akhir sesi dialog anjuran SCWO (Gambar: Ira Musfirah)

Dr Faishal turut melahirkan harapan supaya kaum Adam terus menyokong kemajuan wanita dan membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya.

"Sebagai seorang suami dan bapa, adalah harapan saya agar masyarakat dapat terus membina sekitaran yang membolehkan wanita menerima peluang yang saksama bagi mencapai potensi mereka sepenuhnya,"ujar beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan