Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Faishal kongsi tips belajar bersama banduan jelang peperiksaan nasional

Menjelang persiapan bagi peperiksaan nasional, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengunjungi Sekolah Penjara baru-baru ini untuk memberi kata-kata perangsang kepada para banduan yang bakal menduduki peperiksaan peringkat 'N', 'O' dan 'A' serta program diploma dan ijazah.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Faishal kongsi tips belajar bersama banduan jelang peperiksaan nasional

(Gambar: Facebook/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)

SINGAPURA: Menjelang persiapan bagi peperiksaan nasional, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengunjungi Sekolah Penjara baru-baru ini untuk memberi kata-kata perangsang kepada para banduan yang bakal menduduki peperiksaan peringkat 'N', 'O' dan 'A' serta program diploma dan ijazah.

Dalam catatan Facebooknya hari ini (15 Sep), Dr Faishal berkongsi bahawa ramai daripada pelajar tersebut sudah bertahun-tahun tidak menyentuh buku teks.

Maka, kemahuan untuk menduduki peperiksaan nasional adalah satu langkah besar yang diambil, yang menunjukkan tekad mereka untuk berubah menjadi individu lebih baik.

"Saya berkongsi dengan mereka tip-tip belajar. Salah satu daripadanya adalah supaya menulis motivasi mereka untuk belajar dan dijadikan sebagai peringatan visual. Ini supaya mereka akan terus cekal dan memberikan yang terbaik," kata Dr Faishal.

Beliau menambah, ramai banduan menjadikan keluarga mereka sebagai pendorong untuk menduduki peperiksaan itu.

"'John' (bukan nama sebenar) belajar bersungguh-sungguh untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu bapanya kerana terus percaya kepada dirinya walaupun dirinya ada kesilapan-kesilapan lalu," kongsi Dr Faishal tentang salah seorang banduan.

Terdapat juga sejumlah banduan yang ingin lakukan yang terbaik dalam pengajian mereka supaya dapat meraih peluang pekerjaan lebih baik apabila dibebaskan kelak, tambah Dr Faishal.

"Saya berasa bangga melihat para banduan ini mengambil langkah untuk belajar dan memperbaiki diri sendiri. Harapan saya adalah untuk melihat mereka cemerlang dan gunakan ini sebagai batu loncatan demi masa depan lebih baik.

"Saya tidak sabar untuk bertemu dengan mereka lagi apabila keputusan peperiksaan diumumkan, untuk menerima khabar baik.

"Saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang menduduki peperiksaan peringkat GCE 'N' sekarang," kata Dr Faishal sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan