Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Faishal Ibrahim alu-alukan kerjasama dengan masyarakat HomeTeamNS

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri (MHA) merangkap Pembangunan Negara (MND) Profesor Madya  Muhammad Faishal Ibrahim mengalu-alukan kerjasama dengan masyarakat HomeTeamNS.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Faishal Ibrahim alu-alukan kerjasama dengan masyarakat HomeTeamNS

Menteri Negara MHA merangkap MND Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

SINGAPURA: Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri (MHA) merangkap Pembangunan Negara (MND) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim mengalu-alukan kerjasama dengan masyarakat HomeTeamNS.

Dr Faishal berkata demikian dalam satu catatan di Facebook sempena pelantikannya sebagai Presiden HomeTeamNS hari ini (1 Ogos).

"HomeTeamNS memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan antara anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NS) HomeTeam dan meraikan sumbangan mereka dalam menjadikan negara kita selamat dan aman.

"Sejak 15 tahun lalu, HomeTeamNS sudah banyak berubah dari segi perkhidmatan yang ditawarkan kepada anggota kerahan HomeTeam dan berada di barisan depan transformasi," kata Dr Faishal.

Dr Faishal juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Tenaga Manusia (MOM) merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo atas kepimpinan dan sumbangannya dalam pembangunan HomeTeamNS.

Cik Teo memegang jawatan sebagai presiden HomeTeamNS sejak November 2017.

Beliau juga presiden wanita pertama bagi HomeTeamNS.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan