Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Balakrishnan utus kawat takziah kepada Menteri Luar Indonesia, Timor Leste

Menteri Ehwal Luar Vivan Balakrishnan menyampaikan takziah kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi serta Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Timor Leste, Adaljiza Magno.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2021 11:13AM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 10:54PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivan Balakrishnan menyampaikan takziah kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi serta Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Timor Leste, Adaljiza Magno atas korban jiwa dan kerosakan yang dialami akibat banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Indonesia dan Timor Leste.

Demikian menurut kenyataan media Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (8 Apr).

Melalui dua kawat berasingan, Dr Balakrishnan menyampaikan takziah kepada keluarga para mangsa dan rakyat kedua-dua negara yang kehidupan mereka terkesan dengan bencana alam itu.

"Saya sedih mendengar tentang kehilangan nyawa dan kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh di Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat minggu lalu.

"Saya yakin rakyat Indonesia akan dapat mengatasi krisis ini dengan semangat yang kuat dan tabah, kata Dr Balakrishnan dalam suratnya kepada Menteri Ehwal Luar Indonesia Retno Marsudi.

Dalam surat yang diutuskan kepada Menteri Ehwal Luar Timor Leste Adaljiza Magno pula, Dr Balakrishnan berkata, Pemerintah Singapura akan menyumbang AS$50,000 kepada Persatuan Palang Merah Singapura bagi membantu usaha pemulihan di Timor Leste.

MFA turut menasihatkan rakyat Singapura di kawasan-kawasan terjejas supaya mengikuti perkembangan berita dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Singapura juga dinasihatkan supaya menghubungi sanak saudara dan rakan-rakan mereka di Singapura.

Sesiapa yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Pegawai Petugas MFA atau Kedutaan Singapura di Jakarta.

Pejabat Pegawai Petugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)

Telefon: +65 6379 8800/8855
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg

Kedutaan Singapura di Jakarta

Telefon: +62-(21) 2995-0400 / +62-811 863-348
Emel: singemb_jkt [at] mfa.sg

Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan