Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

DPPMS umum lembaga pengarah baru; kini diterajui Farid Khan

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mengumumkan lembaga pengarahnya yang baru, berkuat kuasa hari ini (31 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mengumumkan lembaga pengarahnya yang baru, berkuat kuasa hari ini (31 Mei).

Meskipun hanya perlu mengisi 14 jawatan, DPPMS menerima sebanyak 26 pencalonan sepanjang tempoh tiga minggu (5 hingga 26 April lalu) pencalonan dibuka.

Pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) yang ke-60 pertubuhan Melayu itu.

Kesemua 14 jawatan yang dipertandingkan telah diisi.

Ia terdiri daripada:

1. Presiden - Encik Farid Khan, Maxsurv Pte Ltd

2. Timbalan Presiden - Encik Abu Bakar Mohd Nor, InfoFabrica Pte Ltd

3. Naib-naib Presiden - Cik Fadilah A Majid, SpaJelita Pte Ltd dan Encik Akbar Kader, Nan Guan Construction Pte Ltd

4. Setiausaha Kehormat - Encik Fazli Mansor, ISGN Ventures Pte Ltd

5. Penolong Setiausaha Kehormat - Encik Abdul Kadir, OS Bagus Foodstuff

6. Bendahari Kehormat - Encik Akber Ali, AAA Assurance PAC

7. Penolong Bendahari Kehormat - Encik Shamir Wahid, Dayn Advisory LLP

8. Lembaga Pengarah
- Encik Ali Abbas, Singapore Hospitality Group Pte Ltd
- Encik Hasan Abdul Rahman, Pondok Abang
- Encik Imran Mohamad, The Leverage Group
- Encik Mohamed Nor Ismail, Amani Weddings Pte Ltd
- Encik Ridjal Noor, Pullupstand.com Pte Ltd
- Encik Saied Labbafi, Aria Carpets Pte Ltd

JAWATAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN TIDAK DITANDINGI

Encik Farid Khan, pengarah syarikat Maxsurv Pte Ltd akan mengambil alih jawatan Presiden DPPMS dari Encik Shamir Rahim.

Sebelum ini, beliau pernah menyandang beberapa jawatan tinggi di sebuah syarikat perkapalan yang besar.

Dua tahun lalu, beliau pernah memohon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Sebagai presiden baru DPPMS, Encik Farid berharap pengalamannya yang luas selama 20 tahun mengendalikan perniagaan serantau, dapat dikonsi dengan anggota lembaga pengarah yang lain dan beliau turut mempelawa lebih ramai karyawan Melayu/Islam tampil menyokong DPPMS.

Jawatan timbalan presiden pula akan disandang Encik Abu Bakar Mohd Nor, pengarah syarikat InfoFabrica Pte Ltd, yang baru-baru ini dilantik sebagai Presiden Persatuan Industri Marin Singapura.

Kepimpinan baru DPPMS berkuat kuasa 31 Mei sehingga 2021. 

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan