Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPPMS meterai MOU dengan Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Sabah

Satu memorandum persafahaman (MOU) dimeterai antara Dewan Perniagaan dan Perusahan Melayu Singapura (DPPMS) dan Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) pada Rabu (30 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
DPPMS meterai MOU dengan Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Sabah

(Gambar: DPPMS)

Diterbitkan : 30 Oct 2019 11:53PM Dikemas Kini : 30 Oct 2019 11:56PM

SINGAPURA: Satu memorandum persafahaman (MOU) dimeterai antara Dewan Perniagaan dan Perusahan Melayu Singapura (DPPMS) dan Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) pada Rabu (30 Okt).

Hasil inisiatif cabang wanita DPPMS, Dewi, MOU itu bertujuan mempertingkat kerjasama antara DPPMS dan IKSnita.

Ini termasuklah menyediakan pelbagai lagi wadah dan peluang untuk anggota-anggota DPPMS menerusi rangkaian program dan kolaborasi. Daya usaha ini diharap dapat membantu membina perniagaan mereka secara setempat dan juga ke persada antarabangsa.

Demikian menurut satu kenyataan DPPMS pada Rabu (30 Okt).

Sebagai permulaan, kedua-dua pihak akan membuka penyertaan dalam acara masing-masing dengan harga yang berpatutan. Mereka juga akan mempromosikan acara mereka di platform media masing-masing.

MOU tersebut berkuat kuasa selama dua tahun.

Ia ditandatangani oleh Naib Presiden DPPMS merangkap Pengerusi Dewi, Cik Fadilah Majid dan Cik Khatijah Bacthiyal yang merupakan Presiden IKSnita. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan