Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPPMS meterai MOU dengan bank CIMB bantu usahawan akses produk perbankan

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS)menjalin kerjasama dengan CIMB Bank Berhad, yang akan memberi anggota dewan akses kepada pembiayaan perniagaan lebih baik. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS)menjalin kerjasama dengan CIMB Bank Berhad, yang akan memberi anggota dewan akses kepada pembiayaan perniagaan lebih baik.

Satu memorandum persefahaman (MOU) dimeterai antara DPPMS dengan CIMB pada 22 Nov, bertujuan membantu memudahkan anggota mendapatkan sokongan mengenai isu pembiayaan termasuk pinjaman dan kadar faedah.

MOU itu turut merupakan satu tanda kerjasama dua hala yang signifikan memandangkan ia yang pertama dimeterai DPPMS dengan sebuah bank dalam tempoh kebelakangan ini.

50% PERLU SOKONGAN BANK

Dalam tinjauan yang dikendalikan DPPMS baru-baru ini, sekitar 55 peratus anggota dewan menyatakan, ia kurang pasti dan bimbang akan aliran tunai dan pembiayaan perniagaan masing-masing.

Tinjauan itu turut mendapati sekitar 50 peratus anggota memerlukan kerjasama bank bagi memajukan syarikat masing-masing.

Bagi mengatasi kebimbangan mereka itu salah satu langkah strategik yang diambil DPPMS ialah dengan menjalin kerjasama bersama CIMB Bank Berhad, Singapura.

Menerusi MOU yang baru dimeterai, anggota DPPMS akan mendapat kemudahan akses terhadap produk-produk perbankan CIMB.

"Tujuan pertama ialah untuk memberikan anggota dewan kita ada akses terhadap produk-produk perbankan yang telah disediakan oleh bank-bank tempatan itu yang insya-Allah kita boleh cuba berkolaborasi dari situ," kata Encik Farid Khan, Presiden bagi DPPMS.

Presiden DPPMS, Encik Farid Khan

BANTUAN DARI CMIB

Di pihak CIMB pula, anggota DPPMS akan diberi keutamaan mendapat akses pembiayaan yang lebih baik di Singapura.

Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk pinjaman dengan kadar faedah lebih menarik, pembiayaan modal serta pemberian pinjaman sebanyak 130 peratus.

"CIMB rasa sangat berbesar hati untuk memeterai MOU bersama DPPMS di mana kita dapat membantu syarikat-syarikat Melayu di Singapura memantapkan kehadiran mereka dan mendapat akses kepada pembiayaan yang lebih besar di Singapura," kongsi Encik Victor Lee, Timbalan CEO CIMB Bank Singapore.

Selain kerjasama dengan pihak bank, DPPMS juga menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pelaburan (IAC) September lalu bagi membantu meningkatkan mutu perniagaan dengan memberikan sokongan dan nasihat kewangan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME).

Syarikat yang berminat mendapatkan khidmat pembiayaan CIMB akan dibantu IAC membuat permohonan kepada bank tersebut.

"Dari MOU ini, ia akan memberikan satu jalan untuk mereka berkembang. Seperti CIMB, sekarang kita mengadakan satu talian kerja dengan mereka dan dari situ kita akan mengadakan kolaborasi-kolaborasi mendalam supaya anggota kita kalau perlu kewangan boleh merujuk kepada Jawatankuasa Penasihat Pelaburan (IAC)," tambah Encik Farid Khan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan