Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPPMS lancar pelan pemasaran demi bantu usahawan wanita pertingkat niaga

Sebuah pelan pemasaran bagi mengukuhkan jenama bisnes para usahawan wanita kini sedang dibangunkan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah pelan pemasaran bagi mengukuhkan jenama bisnes para usahawan wanita kini sedang dibangunkan.

Diusahakan oleh sayap wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), DEWI, ia mahu menggalak para usahawan wanita mempertingkatkan projek bisnes mereka untuk berdepan dengan tuntutan ekonomi masa hadapan.

Strategi-strategi baru tersebut didedahkan dalam satu sesi rangkaian usahawan wanita hari ini (3 Nov).

Industri perniagaan kini terus maju, dicorak cara kehidupan yang berteraskan teknologi.

Lantaran itu, usaha harus dipergiat untuk mendakapi trend semasa agar kekal kompetitif.

Maka itu, sayap wanita DEWI DPPMS menganjurkan acara jamuan ringan ini dengan harapan para usahawan wanita dapat memperkukuh rangkaian mereka dengan berhubung, bekerjasama dan berkembang.

Mendukung peranannya dalam menyokong pembangunan perniagaan usahawan wanita, DEWI melakarkan beberapa program tertumpu yang boleh dimanfaatkan golongan tersebut bagi memacukan bisnes mereka.

Antaranya, sebuah pelan pemasaran untuk memudahkan bidaan tender dan mendapatkan kontrak secara berkumpulan bagi meraih keuntungan berpanjangan.

Ini selain memberi akses kepada sumber-sumber perniagaan yang dapat membantu mereka memperolehi pinjaman, dana, geran dan pelaburan bernilai sehingga $10,000 sebagai permulaan.

Pengerusi DEWI@DPPMS, Cik Fadilah A. Majid, menjelaskan: "Salah satu teras itu adalah menyediakan usahawan kita agar bersedia menghadapi ekonomi baru termasuklah pendigitalan, menggunakan operasi teknologi baru.

"Satu lagi bidang yang kami akan bantu usahawan wanita ialah meningkatkan penjenamaan mereka jadi mereka dapat menggunakan media sosial dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan kehadiran mereka bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di luar negara."

Bangga melihat pencapaian yang ditonjolkan para usahawan wanita, tetamu kehormat Angota Parlimen GRC Jurong Rahayu Mahzam, menggesa agar lebih ramai peniaga tampil untuk memanfaatkan skim-skim bantuan yang dihulurkan pemerintah khusus bagi syarikat kecil dan sederhana (SME).

150 hadirin ini juga berpeluang menimba ilmu selok-belok perniagaan daripada barisan usahawan wanita mapan seperti pengasas restoran Saffrons, Cik Beevi Ayoob.

Pengasas Restoran Saffrons, Cik Beevi Ayoob turut memberikan pendapat: "Sekarang ini, banyak pakai IT untuk menyenangkan diri semua. Kembangkan diri mereka dalam perniagaan mereka. Apa jua yang diperbaiki, yang baru, harus dituruti."

Di majlis yang sama, DEWI mengumumkan anggota-anggota jawatankuasa serta melancarkan logo barunya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan