Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

DPPMS lakar wawasan 5 tahun untuk majukan perniagaan tempatan dalam ekonomi mencabar

Dalam satu sesi pertemuan dengan pihak media baru-baru ini, DPPMS berkongsi visi dan rancangan masa depannya di bawah kepimpinannya yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sejak ditubuhkan pada 1956, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) memainkan peranan yang proaktif dalam merangsang perniagaan Melayu/Islam setempat.

Dalam satu sesi pertemuan dengan pihak media baru-baru ini, DPPMS berkongsi visi dan rancangan masa depannya di bawah kepimpinannya yang baru.

TINGKATKAN JUMLAH ANGGOTA

Pertama, DPPMS menyasarkan untuk meningkatkan jumlah anggotanya sebanyak 60 peratus kepada 1,200 anggota dalam lima tahun mendatang.

Menerusi program-program keusahawanan yang ditawarkannya, ia berjaya menarik seramai 736 anggota sejauh ini - dengan sektor makanan Halal dan runcit membentuk jumlah keanggotaan tertinggi.

Dengan sokongan yang dipertingkat, badan perniagaan Melayu itu ingin meluaskan peluang rangkaian kerjasama baru di dalam dan luar negara.

Kedua, ia akan memperluaskan lagi program-program yang ada sekarang demi membantu para peniaga untuk lebih berdaya saing dalam sekitaran ekonomi yang kian mencabar.

Hasil maklum balas positif yang diterima, pengarah eksekutif DPPMS, Encik Azrulnizam Shah Sohaimi, mahu meneroka program-program bagi sektor-sektor lain pula.

"Program-program yang dilancarkan oleh Dewan ditumpukan untuk memberikan anggota-anggota kami ilmu yang bukan sahaja luas tetapi juga mendalam supaya mereka dapat menimba ilmu dan mungkin lebih berdaya tahan dalam ekonomi yang semakin suram ini yang sentiasa bertukar.

"Kami juga semakin meluaskan tumpuan kami kepada industri-industri lain seperti industri teknologi dan pendidikan," kata Encik Azrulnizam.

PUPUK SIFAT BANTU-MEMBANTU ANTARA PENIAGA

Misi perniagaan dan persidangan yang dianjurkan di dalam dan luar negara, bukan sahaja meningkatkan rangkaian perniagaan, malah membuka peluang kerjasama di antara para anggota DPPMS supaya dapat saling membantu memajukan perniagaan satu sama lain.

Hasilnya dapat dilihat oleh naib presiden DPPMS sendiri, Cik Fadilah Majid yang memiliki sebuah rangkaian spa tempatan.

"Misalnya ada anggota yang menyiapkan produk kecantikan, dan spa saya memerlukannya. Oleh itu saya tidak perlu lihat jauh. Saya melihat anggota dan bagaimana saya boleh memanfaatkan. Daripada itu, banyak kerjasama yang telah saya bina dengan bekerjasama bersama anggota DPPMS," kongsi Cik Fadilah yang juga merupakan pengerusi DEWI@DPPMS yang dikhususkan kepada para usahawan wanita.

Juga dalam perancangan, DPPMS menyasarkan untuk membantu 50 syarikat Melayu/Islam mencapai hasil penjualan bernilai lebih S$1 juta dolar keseluruhannya dalam masa lima tahun.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan