DPM Heng: Warga S'pura harus wujudkan semangat kerjasama, kemasyarakatan seperti generasi perintis
Rakyat Singapura mesti mewujudkan semangat kerjasama dan kemasyarakatan untuk membina masa depan bersama, seperti mana yang dilakukan generasi perintis, gesa DPM Heng Swee Keat pada Ahad (15 Sep).
SINGAPURA: Rakyat Singapura mesti mewujudkan semangat kerjasama dan kemasyarakatan untuk membina masa depan bersama, seperti mana yang dilakukan generasi perintis.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menggesa demikian di Sree Narayana Mission, yang menyambut ulang tahun ke-165 pengasasnya.
Rumah tumpangan dan rawatan warga tua yang terletak di Yishun Ave 5 itu ditubuhkan oleh sekumpulan anggota masyarakat Malayalam lebih 70 tahun lalu.
Ia memberi khidmat dan bantuan untuk setiap lapisan rakyat Singapura.
DPM Heng berkata inisiatif seumpama itu amat penting untuk penduduk semakin menua.
Beliau menggesa rakyat Singapura supaya terus berusaha mengukuhkan hubungan masyarakat seperti mana yang dilakukan golongan perintis misi tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.