Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng sertai majlis buka puasa dengan para duta negara Islam ke S'pura

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli meraikan para duta asing negara-negara Islam ke Singapura dalam satu majlis berbuka puasa di Hab Tampines Kita (OTH) hari ini (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Heng sertai majlis buka puasa dengan para duta negara Islam ke S'pura

(Gambar: Facebook/Our Tampines Hub)

Diterbitkan : 18 May 2019 11:41PM Dikemas Kini : 18 May 2019 11:47PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli meraikan para duta asing negara-negara Islam ke Singapura dalam satu majlis berbuka puasa di Hab Tampines Kita (OTH) hari ini (18 Mei).

Turut menyertai majlis di Arena@OTH ialah ratusan penduduk Tampines dan tiga lagi anggota penasihat GRC itu. Mereka ialah Datuk Bandar Desmond Choo serta para Anggota Parlimen Baey Yam Keng dan Cik Cheng Li Hui.

Turut memeriahkan majlis ialah para penerima bantuan. 300 daripada mereka merupakan penerima dari Masjid Darul Ghufran manakala 80 lagi daripada Kelab Masyarakat Tampines.

20 atlit dari Kelab Bola Sepak Tampines Rovers juga menghadiri sesi itu.

Semasa ditemui media, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat bercakap tentang bagaimana Ramadan membina semangat kemasyarakatan bukan sahaja bagi masyarakat Islam, tetapi juga bagi semua kaum dan agama.

"Ramadan adalah peluang baik bagi semua orang untuk datang bersama, berkenalan, mengenali jiran kita dengan lebih baik dan membina satu semangat kemasyarakatan."

"Saya rasa sedang kita menyambut acara ini, kita membina pemahaman yang lebih mendalam, membina sifat kemasyarakatan yang lebih akrab. Ini penting bukan sahaja untuk masyarakat Muslim kita tetapi juga untuk semua kaum dan agama," katanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan