Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Doktor yang dituduh rogol pesakit dibicarakan

Seorang doktor yang sedang memeriksa pesakit wanita dipercayai merogolnya selepas wanita itu berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan bagi masalah gatal-gatal pada alat sulitnya dan kerap membuang air kecil.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor yang dituduh rogol pesakit dibicarakan

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 30 Apr 2018 05:27PM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 05:30PM

SINGAPURA: Seorang doktor yang sedang memeriksa pesakit wanita dipercayai merogolnya selepas wanita itu berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan bagi masalah gatal-gatal pada alat sulitnya dan kerap membuang air kecil.

Mangsa memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan hari ini (30 Apr) yang diadakan secara tertutup.

Wee Teong Boo, 67 tahun, dituduh melakukan kesalahan itu semasa memeriksa mangsa, yang namanya tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Dalam ucapan pembukaannya, Timbalan Pendakwa Raya Sharmila Sripathy-Shanaz, Amanda Chong dan Chew Xin Ying berkata bahawa pada 30 Disember 2015, mangsa, yang ketika itu berusia 23 tahun, pergi ke klinik Wee di Bedok sekitar pukul 11.30 malam.

Menurut dokumen mahkamah, selepas mangsa berbaring beliau menyelak kemeja T untuk Wee memeriksa perutnya. Wee kemudian menurunkan seluar pendek wanita itu dan meraba alat sulit wanita berkenaan tanpa menanggalkan pakaian dalam beliau, sambil bertanya sama ada wanita itu berasa gatal di bahagian itu.

Mangsa menurunkan seluarnya hingga ke paras paha, tetapi Wee sebaliknya menanggalkannya.

Wee kemudian berdiri di celah-celah kedua-dua belah kaki mangsa.

Menurut dokumen mahkamah mangsa terdengar bunyi zip dan berasa tidak selesa pada bahagian kemaluannya.

Wee mengubah posisi mangsa apabila beliau mengadu sakit. Ketika mangsa ke tandas sejurus selepas itu, beliau mendapati kesan darah.

"Dalam keadaan terkejut, mangsa terus mengambil ubatnya lalu meninggalkan klinik tersebut," menurut hujah para pendakwa.

WEE TIDAK DIBENARKAN JALANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Menurut dokumen mahkamah, selaput dara mangsa terkoyak selain mengalami dua luka kecil.

Wee didakwa dengan tuduhan merogol dan mencabul kehormatan pada 24 Februari tahun lalu.

Bagi kes mahkamah yang pertama seumpama ini, Majlis Perubatan Singapura mengeluarkan arahan agar Wee dilarang menjalankan konsultasi dengan pesakit wanita kecuali ditemani oleh seorang doktor wanita.

Pihak pendakwa dijangka mengemukakan 15 saksi sepanjang tempoh perbicaraan.

Jika sabit kesalahan, Wee boleh dipenjara selama 20 tahun dan didenda.

Hukuman maksimum bagi kesalahan mencabul kehormatan adalah hukuman penjara selama dua tahun, didenda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Memandangkan Wee berusia lebih 50 tahun, dia tidak akan dikenakan sebatan rotan. 

Sumber : CNA/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan