Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Doktor S'pura sangkal laporan Perancis, lampu LED rosakkan mata

Para doktor di Singapura menyangkal satu laporan baru-baru ini oleh pihak berkuasa kesihatan Perancis bahawa cahaya biru dari lampu LED merosakkan mata. 

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor S'pura sangkal laporan Perancis, lampu LED rosakkan mata

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 08 Jun 2019 04:42PM Dikemas Kini : 09 Jun 2019 02:41AM

SINGAPURA: Para doktor di Singapura menyangkal satu laporan baru-baru ini oleh pihak berkuasa kesihatan Perancis bahawa cahaya biru dari lampu LED merosakkan mata.

Namun mereka akur bahawa cahaya itu mengganggu corak tidur dan ritma biologi seseorang.

Laporan tersebut menyatakan bahawa pendedahan kepada lampu LED yang kuat adalah berbahaya.

Lampu-lampu LED boleh didapati di rumah, pusat beli-belah, jalan raya dan juga pada alat-alat teknologi.

Disifatkan sebagai tahan lama, jimat tenaga dan murah, teknologi lampu LED merangkumi separuh daripada keseluruhan pasaran lampu, sejak 10 tahun yang lalu.

Namun dalam satu kajiannya pihak berkuasa kesihatan Perancis menerangkan secara terperinci bagaimana pendedahan kepada lampu LED boleh menyebabkan kehilangan pada sel penglihatan yang tidak boleh dirawat kembali dan meningkatkan risiko penyakit mata.

Para doktor di sini menyangkal dapatan kajian itu dan berpendapat kebimbangan yang disuarakan itu adalah keterlaluan.

SANGKALAN TERHADAP DAPATAN

Para pakar tidur di sini bagaimanapun bersetuju dengan dapatan kajian di Perancis itu yang mendakwa bahawa lampu LED dari alat-alat teknologi boleh menjejas mutu tidur seseorang.

Dan mutu tidur yang rendah akan meningkatkan pula risiko mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga kesihatan mental. 

Sumber : CNA/NF/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan