Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Doktor dalam kes pembocoran data HIV dibicarakan atas dakwaan dadah Mei ini

Doktor dalam kes pembocoran data 142,000 individu positif HIV akan kembali ke mahkamah pada Mei untuk dibicarakan atas dakwaan dadah. Demikian disahkan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis (31 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor dalam kes pembocoran data HIV dibicarakan atas dakwaan dadah Mei ini

Dr Ler Teck Siang. (Gambar: Faith Medical Group)

Diterbitkan : 31 Jan 2019 11:17PM Dikemas Kini : 31 Jan 2019 11:18PM

SINGAPURA: Doktor dalam kes pembocoran data 142,000 individu positif HIV akan kembali ke mahkamah pada Mei untuk dibicarakan atas dakwaan dadah. Demikian disahkan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis (31 Jan).

Teman lelaki Ler Teck Siang, Mikhy Farrera Brochez disyaki membocorkan maklumat berkenaan online. Ler menghadapi dakwaan mengedarkan methamphetamine kepada seorang lelaki lain di sebuah hotel, dan memiliki peralatan dadah.

Jawatan Ler sebelum ini sebagai ketua Unit Kesihatan Awam Nasional Kementerian Kesihatan membenarkannya akses kepada daftar HIV Singapura, dan dia salah mengendalikan maklumat seramai 14,200 individu positif HIV.

Pada Isnin (28 Jan) MOH mendedahkan bahawa maklumat peribadi termasuk nombor telefon dan rekod perubatan penghidap HIV dibocorkan online dan menambah bahawa Brochez disyaki masih memiliki data tersebut.

Brochez diusir dari Singapura pada April 2018, setelah menjalani hukuman penjara selama 28 bulan kerana berbohong kepada Kementerian Tenaga Manusia mengenai status HIVnya, penipuan lain dan kesalahan dadah.

Mahkamah mengesahkan bahawa Ler, 37 tahun, akan kembali ke mahkamah pada 29 Mei untuk menghadapi tuduhan dadah.

Doktor itu didakwa atas lapan kesalahan. Dia sudah dijatuhi hukuman bagi empat tuduhan pertama termasuk tuduhan bersubahat dengan Brochez untuk menipu MOM mengenai status positif HIV Brochez, dan dua tuduhan memberikan maklumat palsu kepada Kementerian Kesihatan dan pihak polis.

Tuduhan kelima mendakwa bahawa dia gagal menjalankan tanggungjawab menjaga maklumat sulit individu positif HIV, satu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Ia sudah diketepikan.

Ini bermakna tuduhan itu akan ditangani selepas tuduhan-tuduhan lain diselesaikan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan