Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Doktor catat BMI pembantu rumah, periksa tanda penderaan mulai 29 Ogos

Mulai 29 Ogos, doktor mesti mencatatkan indeks jisim tubuh pembantu rumah hijrahan dan memeriksa sebarang tanda kecederaan mencurigakan yang tidak boleh dijelaskan. Langkah ini adalah sebahagian daripada pemeriksaan perubatan ke atas para pembantu rumah hijrahan yang dijalankan setiap separuh tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Aug 2021 02:27PM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 09:31PM

SINGAPURA: Mulai 29 Ogos, doktor mesti mencatatkan indeks jisim tubuh pembantu rumah hijrahan dan memeriksa sebarang tanda kecederaan mencurigakan yang tidak boleh dijelaskan. Langkah ini adalah sebahagian daripada pemeriksaan perubatan ke atas para pembantu rumah hijrahan yang dijalankan setiap separuh tahun.

Pemeriksaan itu juga harus dijalankan tanpa kehadiran majikan atau wakil di sisi untuk membolehkan pembantu rumah hijrahan meluahkan perasaan mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan, menurut Kementerian Tenaga Manusia pada Khamis (5 Ogos).

Pemeriksaan perubatan yang dijalankan di rumah juga akan dilarang mulai 29 Ogos.

Apabila peraturan baru itu dilaksanakan, doktor mesti menyerahkan semua borang pemeriksaan, tidak kira apa jua hasil keputusannya, kepada MOM.

Perubahan baru itu adalah sebahagian daripada beberapa insiatif yang diumumkan oleh kementerian berkenaan bulan lalu bagi menambah baik sokongan yang dihulurkan kepada pembantu rumah hijrahan itu serta meningkatkan kesejahteraan diri mereka.

Buat masa sekarang, doktor hanya dikehendaki melakukan pemeriksaan bagi mengesan kehamilan atau penyakit berjangkit - seperti sifilis, HIV dan tuberculosis atau batuk kering - semasa pemeriksaan perubatan yang dijalankan setiap separuh tahun ke atas pembantu rumah hijrahan.

MOM menyatakan, peraturan yang dikemas kini itu juga akan membolehkan doktor mengesan tanda-tanda, seperti kehilangan berat badan secara mendadak, untuk disiasat lanjut oleh pihak berkuasa.

Tindakan susulan akan diambil jika tanda-tanda membimbangkan dikesan, menurut MOM.

Ia menambah perubahan tersebut kemungkinan besar tidak akan melibatkan kenaikan kos yang ketara bagi pihak majikan.

Majikan boleh melungsuri laman MOM untuk maklumat lanjut tentang perubahan baru tersebut.  

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan