Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ditangkap: Pekerja GrabFood disyaki curi kasut pelanggan

Seorang pekerja penghantaran makanan GrabFood yang didakwa mencuri sepasang kasut daripada rumah seorang pelanggan sudahpun diberkas.

Anggaran Waktu Membaca:
Ditangkap: Pekerja GrabFood disyaki curi kasut pelanggan

Petikan gambar daripada video.

Diterbitkan : 29 Jun 2019 04:18PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 04:20PM

SINGAPURA: Seorang pekerja penghantaran makanan GrabFood yang didakwa mencuri sepasang kasut daripada rumah seorang pelanggan sudahpun diberkas.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kes kecurian kasut yang terletak di luar rumah di Keat Hong Close, Choa Chu Kang, pada Khamis (27 Jun).

Dengan bantuan rakaman kamera dan televisyen litar tertutup (CCTV), para pegawai daripada Divisyen Polis Jurong berjaya memastikan identiti lelaki berkenaan dan menahannya pada sehari kemudian.

Satu video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan seorang pekerja penghantaran makanan GrabFood menyerahkan beg plastik makanan kepada seorang pelanggan dan kemudian dia menunggang e-skuternya. Setelah itu, dia dilihat mengambil sepasang kasut lalu meletakkannya ke dalam beg penghantaran makanan.

Pada Jumaat (28 Jun), Grab menyatakan ia sudahpun menggantung akaun pekerja itu.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa dalam perkara ini dan sudahpun menggantung akaun pekerja penghantaran makanan berkenaan," kata seorang jurucakap ketika menjawab soalan-soalan oleh CNA.

Jika disabit kesalahan mencuri, suspek boleh menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun dan didenda. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan