Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ditangkap: Amah yang campak barang termasuk periuk nasi, kuali dari flat di Ang Mo Kio

Seorang pembantu rumah warga asing ditangkap kerana mencampak barang-barang dari tingkat dua sebuah flat di Ang Mo Kio.

Anggaran Waktu Membaca:
Ditangkap: Amah yang campak barang termasuk periuk nasi, kuali dari flat di Ang Mo Kio

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 20 Jan 2018 04:19PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 04:21PM

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah warga asing ditangkap kerana mencampak barang-barang dari tingkat dua sebuah flat di Ang Mo Kio.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang insiden di Blok 623 Ang Mo Kio Avenue 9 itu sekitar pukul 2.30 petang semalam (19 Jan).

Pembantu rumah yang berusia 31 tahun itu kemudian ditangkap.

Mediacorp difahamkan bahawa tiada sesiapa yang cedera dalam insiden tersebut.

Satu rakaman video yang tersebar di media sosial dan menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang wanita mencampak pelbagai barang dari tingkat flat tersebut.

Ini termasuk periuk nasi, cerek, periuk dan kuali serta galah.

Menerusi video tersebut juga, seorang saksi kedengaran sedang menghubungi polis. Siasatan polis masih dijalankan. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan