Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dinding penghargaan bagi pekerja barisan hadapan COVID-19 dilancarkan di Stesen MRT Kent Ridge

Satu ruang baru kini disediakan untuk orang ramai memberikan penghargaan kepada para pekerja barisan hadapan dalam kita melawan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Aug 2020 07:36PM Dikemas Kini : 29 Aug 2020 11:27PM

SINGAPURA: Satu ruang baru kini disediakan untuk orang ramai memberikan penghargaan kepada para pekerja barisan hadapan dalam kita melawan pandemik COVID-19.

Pada Sabtu (29 Ogos), Jawatankuasa Penumpang Caring SG melancarkan sebuah dinding penghargaan di Stesen MRT Kent Ridge, yang terletak berhampiran Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Pelancarannya dilakukan dilakukan Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung menerusi wadah online. 

Orang ramai kini boleh meletakkan mesej-mesej penghargaan di dinding ini, yang direka secara bersama oleh para mahasiswa universiti tersebut.

Inilah antara langkah-langkah untuk memupuk sifat baik budi dalam kalangan penumpang pengangkutan awam.

Pengurus Stesen MRT Kent Ridge berkata pada awal berlakunya COVID-19, sebilangan penumpang melontarkan kata-kata kesat terhadap kakitangannya berhubung peraturan jarak selamat seperti memakai pelitup.

Namun, para penumpang kini lebih memberi kerjasama.

Bulan depan, Jawatankuasa Penumpang Caring SG juga akan melancarkan satu portal bagi membolehkan para penumpang berkongsi pengalaman mereka mulai bulan depan. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan