Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dianggap tidak seimbang, dokumentari konflik Palestin-Israel tidak dibenar tayang di S'pura

Sebuah dokumentari yang dijadual ditayangkan semasa Festival Filem Palestin Singapura esok (4 Jan) diharamkan daripada disiarkan awam oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Anggaran Waktu Membaca:
Dianggap tidak seimbang, dokumentari konflik Palestin-Israel tidak dibenar tayang di S'pura

(Gambar: Radiance of Resistance/ Facebook).

Diterbitkan : 03 Jan 2018 06:03PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 06:09PM

SINGAPURA: Sebuah dokumentari yang dijadual ditayangkan semasa Festival Filem Palestin Singapura esok (4 Jan) diharamkan daripada disiarkan awam oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Filem Radiance of Resistance menerima kategori "Tidak Dibenarkan buat Semua Rating" (NAR) kerana menurut IMDA mempunyai "naratif yang tidak seimbang". Rating ini bermakna bahawa filem tersebut tidak boleh ditayangkan ataupun diedarkan di Singapura.

"Naratif yang tidak seimbang dalam filem ini berpotensi untuk memecahbelahkan kaum dan agama yang berbeza di Singapura," menurut IMDA dalam lamannya.

Diarahkan oleh penerbit filem Amerika yang pernah memenangi anugerah, Jesse Roberts, filem dokumentari sepanjang sejam itu, yang ditayangkan dalam bahasa Arab, adalah mengenai dua remaja perempuan yang hidup di bawah penjajahan tentera Israel di kawasan Nabi Saleh, di wilayah Palestin. Filem tersebut turut memaparkan peranan mereka sebagai generasi baru gerakan Palestin yang tidak menggunakan kekerasan.

Menurut IMDA, filem tersebut meneroka konflik Palestin-Israel "tanpa memberikan pandangan yang seimbang" daripada sudut pandangan dua remaja itu.

"Dalam memainkan peranan dua remaja perempuan itu untuk menjadikan sebagai teladan dalam konflik tersebut, filem tersebut menghasut para aktivis untuk meneruskan bantahan terhadap pihak yang dituduh penindas," menurutnya.

Dalam memberikan rating NAR, IMDA menyatakan ia menepati garis panduan yang menyatakan bahawa filem-filem yang boleh mewujudkan salah faham atau keadaan yang tidak harmoni antara kaum, tidak dibenarkan untuk semua rating.

The Projector, ruang panggung wayang yang sepatutnya menayangkan Radiance of Resistance, juga membatalkan tayangan filem tersebut.

Amat jarang sekali untuk sesebuah filem mendapatkan rating NAR.

Pada 2014, dokumentari To Singapore, With Love oleh penerbit filem Singapura Tan Pin Pin, juga menerima klasifikasi tersebut oleh Penguasa Pembangunan Media sebelum ini. Filem tersebut, mengenai kehidupan ahli politik Singapura yang hidup dalam buangan, dianggap "berat sebelah" dan tidak memberikan pandangan yang seimbang.  

Sumber : CNA/FA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan