Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dialog Shangri-La bakal diadakan di Singapura pada Jun 2022 selepas dua kali dibatal

Dialog Shangri-la akan kembali diadakan di Singapura pada Jun 2022 selepas dua tahun berturut-turut dibatalkan ekoran pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Dialog Shangri-La bakal diadakan di Singapura pada Jun 2022 selepas dua kali dibatal

Hoterl Shangri-La di Orange Grove Road pada 15 Jan 2021. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 07:34AM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 07:36AM

SINGAPURA: Dialog Shangri-la akan kembali diadakan di Singapura pada Jun 2022 selepas dua tahun berturut-turut dibatalkan ekoran pandemik COVID-19.

Sidang puncak keselamatan peringkat tinggi itu dijadualkan berlangsung dari 10 hingga Jun, menurut Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik (IISS).

"Dinamika geopolitik dan pertahanan di Asia-Pasifik kini mendapat tumpuan yang lebih besar, maka perbahasan secara fizikal antara pemain utama di rantau ini lebih penting daripada sebelumnya, ”kata penganjur dialog di laman webnya pada Rabu (13 Okt) .

"Meskipun kita semua masih hidup dengan kesan pandemik global, IISS yakin selepas dua tahun rehat, Dialog Shangri-La akan dapat diadakan dengan peserta hadir secara fizikal."

Sebelum pandemik COVID-19, acara itu diadakan setiap tahun sejak 2002, menghimpunkan menteri pertahanan, pegawai kanan, pemimpin perniagaan dan pakar keselamatan untuk membincangkan cabaran-cabaran keselamatan baru dihadapi rantau Asia.

Dialog tahun ini dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 Jun tetapi dibatalkan dua minggu sebelum mesyuarat diadakan.

Ketika itu, Singapura telah memperkenalkan sekatan baru COVID-19 yang mengehadkan dua orang dalam setiap kumpulan di tengah-tengah meningkatnya kes dalam masyarakat. Makan di luar juga tidak dibenarkan.   

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan