Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dialog pasca NDR: Sumbangan pemimpin akar umbi, golongan karyawan memperkasa M3

Sokongan padu masyarakat kepada pelan bertindak M³ akan dapat mendorong lagi usaha-usaha ke arah memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat Melayu dengan lebih berkesan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dialog pasca NDR: Sumbangan pemimpin akar umbi, golongan karyawan memperkasa M3

Encik Amrin Amin (kiri) dan Encik Masagos Zulkifli (tengah) semasa sesi dialog pasca Rapat Umum Hari Kebangsaan anjuran MESRA.

Diterbitkan : 25 Aug 2018 12:00AM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 01:38AM

SINGAPURA: Sokongan padu masyarakat kepada pelan bertindak M³ akan dapat mendorong lagi usaha-usaha ke arah memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat Melayu dengan lebih berkesan.

Sejajar dengan itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menggesa lebih banyak sukarelawan supaya tampil menyumbang menerusi kerjasama tiga institusi utama masyarat Melayu/Islam MUIS, MENDAKI, MESRA.

"Di sinilah juga M³ boleh lebih mendekati masyarakat dengan membina jaringan lebih meluas untuk membantu masyarakat," kata Encik Masagos.

Beliau menambah projek perintis untuk menguji kerjasama tiga badan Melayu/Islam itu sudah dilaksana dan bakal diperluas dalam tempoh enam bulan.

Encik Masagos berkata demikian dalam sesi dialog pasca Rapat Umum Hari Kebangsaan anjuran MESRA pada Jumaat (24 Ogos). Ia bagi mendapatkan pandangan dan mengulas keprihatinan para pemimpin akar umbi serta wakil daripada pertubuhan Melayu/Islam dan Institusi Pengajian Tinggi.

Acara di Wisma Geylang Serai itu turut disertai Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin.

Tahun ini, MESRA menganjurkan tiga sesi maklum balas berbanding satu sahaja sejak ia dimulakan pada 2002. Sesi-sesi lebih kecil itu bagi membolehkan lebih ramai pemimpin masyarakat untuk membincangkan ucapan Perdana Menteri di Rapat Umum Hari Kebangsaan dan kesannya terhadap masyarakat Melayu/Islam.

Isu kos penjagaan kesihatan dan perumahan serta peranan MESRA dalam M³ mendapat perhatian para peserta dalam sesi pertama pada Jumaat malam. Sekitar 400 pemimpin akar umbi dan rakan kongsi masyarakat akan menghadiri tiga sesi dialog anjuran MESRA itu.   

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan