Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Diabetes Singapore, SportSG meterai MoU atur program senaman bagi pesakit kencing manis

Bertepatan Hari Kencing Manis Sedunia, SportSG dan pertubuhan Diabetes Singapore hari ini (15 Nov) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalankan usaha terbaru melawan penyakit kencing manis.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bertepatan Hari Kencing Manis Sedunia, SportSG dan pertubuhan Diabetes Singapore hari ini (15 Nov) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalankan usaha terbaru melawan penyakit kencing manis.

MoU tersebut akan membolehkan pesakit kencing manis di bawah Diabetes Singapore, mendapat bimbingan khas oleh jurulatih SportSG, menerusi program-program senaman.

Pertubuhan itu kini mempunyai lebih 3,000 anggota yang berdaftar bersamanya. Ini sekaligus bermakna, lebih 3,000 pesakit kencing manis akan mendapat akses kepada program-program kecergasan yang sesuai.

Usaha tersebut akan diadakan di 25 gimnasium ActiveSG merata Singapura. Diabetes Singapore memberitahu BERITAmediacorp, program itu akan dijalankan secara berkumpulan dan peserta akan dikenakan bayaran yang dimampui. Namun, semuanya masih pada tahap perancangan.

Selain itu, anggota Diabetes Singapore akan mendapat akses kepada pelbagai kemudahan dan program ActiveSG yang lain.

Presiden Diabetes Singapore, Dr Kalpana Bhaskaran. 

Presiden Diabetes Singapore, Dr Kalpana Bhaskaran. 

Bagi yang berminat untuk menjadi anggota Diabetes Singapore - sama ada pesakit kencing manis atau tidak - anda perlu mendaftar dan membayar S$20 setahun.

Pertubuhan itu merupakan rakan kerja masyarakat, bertujuan meningkatkan kesedaran, dan menyediakan sokongan bagi pesakit kencing manis - demi memperkasa mereka untuk menjalani kehidupan sihat dan produktif.

Pemeteraian MoU itu disaksikan Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli. Beliau menekankan pentingnya pandemik COVID-19 tidak dibiarkan membayangi isu-isu meruncing kesihatan awam, termasuklah penyakit kencing manis. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan