Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DETIK & BERITAMediacorp anjur #Fiestadetik di Heartbeat@Bedok pada 13 Jan

BERITAMediacorp akan menemui anda di Heartbeat@Bedok melalui pesta pendidikan #fiestadetik, anjuran rancangan ehwal semasa Melayu Mediacorp, DETIK.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: BERITAMediacorp akan menemui anda di Heartbeat@Bedok melalui pesta pendidikan #fiestadetik, anjuran rancangan ehwal semasa Melayu Mediacorp, DETIK.

Bermula 10.00 pagi, anda berpeluang mengenali lebih dekat rancangan BERITA dan DETIK selain mendapatkan panduan tentang peluang-peluang pendidikan termasuk tips keibubapaan.

Sejak 1998, rancangan ehwal semasa DETIK, terbitan Unit Berita & Ehwal Semasa Melayu Mediacorp menyajikan pelbagai isu yang menjadi keprihatinan masyarakat Melayu/Islam kita.

35 DUTA DETIK AKAN DIPERKENALKAN

Sabtu ini (13 Jan), DETIK mengorak langkah dengan mengadakan sebuah fiesta pendidikan dipanggil #fiestadetik di Heartbeat@Bedok.

"#fiestadetik ialah usaha kami untuk mendekati masyarakat di mana masyarakat boleh turun dan ikut serta dengan aktiviti-aktiviti yang kami anjurkan pada hari itu. Juga buat pertama kalinya, kita akan memperkenalkan 35 orang duta DETIK," kata Encik Othman Bohari, editor dan penyampai daripada Unit Berita & Ehwal Semasa Melayu.

"Mereka ini dipilih daripada badan-badan Melayu/Islam dan juga institusi pengajian tinggi. Mereka juga dipilih berdasarkan pencapaian akademik dan juga kerja-kerja kemasyarakatan mereka. Jadi fiesta detik ini adalah satu usaha kami supaya orang ramai boleh datang dan mereka dapat tahu apakah rancangan-rancangan yang kami terbitkan," tambah beliau.

MENJANGKAUI PENDUDUK KAWASAN TIMUR DAN GOLONGAN BELIA

Heartbeat@Bedok, menjadi pilihan DETIK kerana menjadi nadi baru penduduk kawasan timur Singapura terutamanya golongan muda di Bedok.

Dibuka pada 31 Julai tahun lalu Heartbeat@Bedok menyediakan pelbagai kemudahan kemasyarakatan di bawah satu bumbung.

"Dengan adanya Heartbeat@Bedok, kita dapat merapatkan jurang antara warga senja dan juga penduduk-penduduk biasa. Kita mempunyai rancangan-rancangan khas untuk membawa warga senja ke sini. Di samping itu, ActiveSg juga dapat menampung kegiatan untuk masyarakat umum dengan adanya tempat beriadah yang disediakan di Heartbeat@Bedok," kata Encik Zulkefle Abdul Rahman selaku naib pengerusi Kampong Chai Chee CCMC.

PELBAGAI KEGIATAN JUGA BAKAL DIADAKAN

#fiestadetik Sabtu ini, satu lagi peluang bagi para pengunjung untuk mengetahui lebih banyak tentang program-program pendidikan dan melakukan pelbagai kegiatan menyeronokkan bermula 10.00 pagi.

Ini termasuk bengkel keibubapaan dan pertunjukan kebudayaan serta kesenian, selain mengenali lebih dekat lagi dengan kakitangan bilik Berita & Ehwal Semasa Melayu Mediacorp.

Acara-acara #fiestadetik dianjurkan dengan kerjasama 10 pertubuhan seperti Persatuan Rakyat, Mendaki, PPIS, Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) dan Persekutuan Silat Singapura (PERSISI).  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan