Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Desmond Lee: 3 trend ini boleh dikaji lebih lanjut

Dengan demografi dan trend keluarga yang berubah-ubah di Singapura, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata kerjasama antara para penyelidik dengan penggubal dasar perlu terus kukuh, supaya cabaran-cabaran para penduduk dapat difahami dengan lebih baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Apr 2019 12:16AM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 12:22AM

SINGAPURA: Dengan demografi dan trend keluarga yang berubah-ubah di Singapura, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata kerjasama antara para penyelidik dengan penggubal dasar perlu terus kukuh, supaya cabaran-cabaran para penduduk dapat difahami dengan lebih baik.

Di acara ulang tahun kelima Pusat Penyelidikan Keluarga dan Penduduk hari ini (5 Apr), Encik Lee menarik perhatian kepada tiga trend yang boleh dikaji dengan lebih lanjut.

Trend-trend itu adalah keluarga-keluarga menua, rakyat Singapura yang berkahwin dengan penduduk asing lalu menetap di sini dan pasangan yang bercerai pada usia lanjut.

Encik Lee menambah, penyelidikan dapat membantu melakarkan dasar-dasar yang lebih sesuai.

"Penyelidikan menyeluruh dapat membantu kita memikirkan apa yang lebih baik, dan dasar apa yang mungkin tidak begitu berkesan," kata Encik Lee.

"Ia juga akan membantu kita mengenal pasti apa yang kita terlepas pandang serta keperluan-keperluan baru, agar dasar dapat dipinda secepatnya." 

Sumber : CNA/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan