Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Denda lebih tinggi antara hukuman lebih berat bagi kes keracunan makanan

Kedai-kedai makanan yang terlibat dalam "insiden keracunan makanan serius" akan berdepan dengan hukuman lebih berat dan akan didakwa di mahkamah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2018 03:03PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 11:04PM

SINGAPURA: Kedai-kedai makanan yang terlibat dalam "insiden keracunan makanan serius" akan berdepan dengan hukuman lebih berat dan akan didakwa di mahkamah. Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (21 Dis).

Denda terhadap kesalahan-kesalahan sedemikian akan dinaikkan, menurutnya.

Selain itu, pengendali makanan yang melakukan kesalahan, terutamanya mereka yang melibatkan kelemahan yang serius terhadap kebersihan makanan akan didakwa di mahkamah di bawah undang-undang yang relevan.

"Ini termasuk Peraturan (Kebersihan Makanan) Persekitaran Kesihatan Awam, Akta Penjualan Makanan atau Akta Persekitaran Kesihatan Awam yang membawa hukuman denda maksimum sebanyak S$10,000, bagi pesalah kali pertama, dan bagi pesalah berulang, mereka akan dikenakan denda sebanyak S$20,000 atau dijatuhi hukuman penjara selama 3 bulan atau kedua-duanya sekali," menurut agensi-agensi itu.

"Bagi kes-kes tertentu, NEA dan AVA akan menggesa agar hukuman pencegahan dikenakan oleh mahkamah."

Langkah-langkah ini, yang berkuat kuasa serta merta, akan membentuk sebahagian daripada langkah-langkah untuk "menyelaraskan rangka kerja kawal selia termasuk denda dan penyeliaan terhadap semua perkara yang berkaitan dengan makanan dari peringkat penternakan dan hasil tuaian ladang sehingga disajikan sebagai makanan kepada pelanggan, dengan tujuan mengukuhkan rejim keselamatan makanan kita".

SYARAT LATIHAN SEMULA YANG BARU UNTUK PEGAWAI KEBERSIHAN MAKANAN

Kenyataan itu turut mengumumkan bahawa kedai-kedai makanan yang lesennya sudah digantung, perlu menghantar Pegawai Kebersihan Makanan (FHO) masing-masing untuk menjalani latihan semula dan lulus kursus Audit Kebersihan Makanan dan Minuman WSQ.

NEA dan AVA menyatakan bahawa ia tidak lama lagi akan selesai menjalankan pemeriksaan yang lebih ketat terhadap kedai-kedai makanan yang menawarkan khidmat katering dan premis-premis yang mempunyai operasi katering berskala besar.

Pemeriksaan itu akan dijalankan sebagai tambahan kepada pemeriksaan kerap yang dilakukan sepanjang tahun dan dijangka selesai menjelang hujung tahun ini. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan