Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Denda lebih berat terhadap pengguna PMD di jalan raya

Para pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) yang ditangkap menunggang di jalan raya akan berdepan dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih berat bermula 15 Januari. Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jan 2018 01:18PM Dikemas Kini : 02 Jan 2018 10:32PM

SINGAPURA: Para pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) yang ditangkap menunggang di jalan raya akan berdepan dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih berat bermula 15 Januari. Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (2 Jan).

"Ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Trafik Jalan Raya untuk menunggang PMD di jalan raya, termasuk di ekspreswe merata negara. Para pengguna PMD yang berbuat demikian, membahayakan diri mereka dan para pengguna jalan raya yang lain. Bagi mencegah pengguna sedemikian, denda secara berperingkat akan membawa kepada hukuman lebih berat terhadap kes yang serius," menurut LTA.

Di bawah sistem denda yang baru, denda bagi pesalah kali pertama dinaikkan dari S$100 kepada S$300 dan S$500 bagi pesalah kali pertama yang masing-masing menunggang di jalan raya biasa dan jalan raya utama.

Pesalah kali pertama yang menunggang di ekspreswe akan didakwa di mahkamah. PMD juga akan dirampas semasa siasatan sedang dijalankan, tambah LTA.

Menurut LTA lagi, "jika didapati bersalah di Mahkamah, pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$2,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga bulan. Pesalah berulang pula boleh didenda sehingga S$5,000 dan/atau dipenjara sehingga enam bulan."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan