Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DBS henti penggunaan token fizikal, beralih kepada token digital mulai April

Para pelanggan DBS tidak akan dapat lagi menggunakan token fizikal untuk mengakses khidmat-khidmat online bank itu mulai April.

Anggaran Waktu Membaca:
DBS henti penggunaan token fizikal, beralih kepada token digital mulai April

Logo DBS di sebuah bangunan. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 03:00PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 03:02PM

SINGAPURA: Para pelanggan DBS tidak akan dapat lagi menggunakan token fizikal untuk mengakses khidmat-khidmat online bank itu mulai April.

DBS menyatakan pada Rabu (20 Jan) bahawa ia akan beralih sepenuhnya kepada token digital selepas tiga tahun secara bertahap-tahap menggantikan token fizikalnya.

Bank itu akan berhenti mengeluarkan token fizikal pada 1 Februari, menurut DBS.

Mulai April, hanya token digital boleh digunakan untuk mengakses khidmat-khidmat digital bank DBS.

Menurut DBS, 90 peratus proses log masuk yang dikendalikannya sekarang melibatkan aplikasi mudah alih digibank DBS yang mengandungi token digital itu.

"Sedang lebih ramai pelanggan beralih kepada perbankan mudah alih, matlamat kami adalah untuk memastikan akses kepada khidmat-khidmat kami adalah semudah mungkin, tanpa kompromi dari segi keselamatan," kata Ketua Perbankan Pelanggan (Singapura) DBS, Encik Jeremy Soo.

"Token-token digital memudahkan pelanggan yang perlu membawa token fizikal ke mana-mana dan tidak dapat mengakses khidmat online dan mudah alih sekiranya para pelanggan secara tidak sengaja hilang token tersebut," kata beliau lagi. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan