Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Dayung Sampan' berlabuh di Galeri Nasional Singapura mulai 25 Mei

Bermula 25 Mei, berlangsung siri kedua Galeri Biennale Kanak-kanak 2019, di Galeri Nasional Singapura (NGS).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bermula 25 Mei, berlangsung siri kedua Galeri Biennale Kanak-kanak 2019, di Galeri Nasional Singapura (NGS).

Membongkar makna 'Dayung Sampan' menerusi karya seni, ia dijadikan sumber inspirasi bagi karya tokoh seni tempatan Encik Zainudin Samsuri, dalam pameran tersebut.

Beliau mengambil masa sekitar enam bulan untuk menyiapkan hasil karyanya ini dengan menggunakan pelbagai jenis bahan binaan.

KARYA SENI MENGAJAR KANAK-KANAK MENCAPAI IMPIAN

"Dayung Sampan menjadi inspirasi saya kerana ia memberikan saya semangat untuk bekerja keras untuk mencapai impian saya.

"Jadi sebagai seorang insan kita harus tidak hanya bermimpi tetapi untuk membina setiap mimpi yang kita ada." jelas Encik Zainudin, seorang pengukir tersohor di sini.

Karyanya itu adalah di antara 11 hasil seni lain yang memaparkan sentuhan kreatif 13 tokoh seni Singapura dan serantau.

Menurut salah seorang pengarah NGS, Cik Suenne Tan, tema 'Embracing Wonder' adalah edisi kedua sejak 2017 Galeri Biennale Kanak-kanak ini diadakan dan NGS berharap dapat memupuk cara baru dalam pembelajaran dan penghayatan seni dalam kalangan kanak-kanak.

"Setiap karya seni ini memperuntukkan ruang yang selamat bagi kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka dan juga menyertai penerokaan kreatif.

"Dalam proses mendalami karya ini, kami mendapat perkongsian nilai-nilai penerimaan, sikap terbuka dan perbezaan melalui seni" kata Cik Tan yang berharap kunjungan tahun ini dapat melebihi jumlah sebelumnya, sebanyak 286,000.

SAMBUTAN HEBAT PARA PENGUNJUNG

Para pengunjung yang hadir bagi satu sesi tertutup, memberikan sambutan menggalakkan.

"Bila saya datang ke sini, saya boleh bermain capteh. Selain itu, saya pun melukis kawasan kampong. Saya pelajari tentang seni di sini." kata murid 11 tahun, Nabil Mohamed Zulnizan.

"Mereka boleh mempelajari bila pulang nanti, kita boleh ceritakan apa makna dayung sampan, apa makna hidup di kampung jadi cara tidak langsung kita boleh mengajar mereka tanpa perlu beri ceramah." jelas Encik Adib Jalal, bapa saudara kepada Nabil.

Pameran itu dibuka percuma kepada orang ramai mulai 25 Mei dan akan berakhir pada 29 Disember. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan