Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Daya tenaga baru, teknologi bersih rangsang usaha S'pura kurangkan kesan karbon

Daya tenaga baru, teknologi bersih rangsang usaha S'pura kurangkan kesan karbon.

Anggaran Waktu Membaca:
Daya tenaga baru, teknologi bersih rangsang usaha S'pura kurangkan kesan karbon

Gambar fail: Diane Leow

Diterbitkan : 18 Apr 2021 07:03PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 07:04PM

SINGAPURA: Sasaran Singapura untuk mengurangkan kesan karbon mendapat rangsangan.

Satu kajian pakar runding yang diarahkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan meneroka daya tenaga dan teknologi lebih bersih untuk negara ini.

Kajian itu juga akan menentukan berapa banyak Singapura harus bergantung kepada sumber-sumber lebih mesra alam itu, dari sekarang hingga 2050.

Dalam usaha menjadi lebih mesra alam, ada rumah di sini yang memanfaatkan panel-panel suria di bahagian bumbung bagi menjana sekitar 10 kilowatt elektrik setiap hari.

Pada hari mendung sebegini, turbin angin ini boleh menjana sehingga 3 kilowatt.

Pemilik rumah ini membelanjakan $3,000 bagi menghasilkan daya tenaga untuk barangan elektrik dalam rumah.

Dalam tempoh empat bulan, syarikat pakar runding Britain Arup akan menjalankan kajian bagi melihat bagaimana dan apa pilihan yang sesuai untuk Singapura.

Masa depan menggunakan panel suria di sini nampak cerah dengan rancangan untuk meluaskan kapasiti sekitar lima kali ganda dalam masa sedekad.

Ini mungkin bermakna lebih banyak kawasan panel suria di kolam, terusan dan laluan pejalan kaki.

Sumber tenaga lebih bersih seperti hidrogen atau biofuel mungkin boleh digabungkan untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan pembakar.

Usaha-usaha tersebut bagaimanapun perlu dirintis dulu dan akan mengambil masa.

Namun waktu semakin singkat dengan ikrar Singapura untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon kepada separuh menjelang 2050.

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan