Images
  • STB (1)
    (Gambar: Lembaga Pelancongan S'pura/Facebook)

Daya tarikan S'pura dijangka sambut lebih ramai pengunjung

SINGAPURA: Tempat-tempat tarikan di Singapura dijangka menerima lebih ramai pengunjung.

Bermula lusa, mereka boleh memohon untuk menambah sehingga 50 peratus jumlah kapasiti penuh.

Ini berbanding 25 peratus kapasiti yang dibenarkan sekarang.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan ini kerana tempat-tempat daya tarikan sudah berjaya mengawal jumlah pengunjung dengan berkesan dan memastikan kebersihan sejak premis-premis tersebut dibuka semula.

Pihak penganjur menyatakan pertunjukan di luar juga boleh memohon untuk menambah jumlah penonton kepada 250 orang, naik dari 50 sekarang.

Namun mereka perlu membahagikan ruang kepada zon-zon dengan setiap zon ada tidak lebih daripada 50 orang.

Setiap zon pula perlu dijarakkan tiga meter.

Maksimum lima zon dibenarkan bagi setiap pertunjukan luar.

Dan bagi setiap zon, ruang yang secukupnya harus disediakan agar setiap penonton dapat menjaga jarak selamat satu meter.

Dengan had jumlah penonton yang lebih ramai, STB menyatakan ia akan terus melakukan pemeriksaan bagi memastikan pengurusan langkah-langkah keselamatan dilakukan.  

- CNA/NF/na

Top