Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Data perubatan dari serangan siber SingHealth "boleh peroleh harga tinggi": para pakar

Data perubatan pegawai kanan pemerintah boleh digunakan untuk "paksa" individu terlibat sediakan akses kepada maklumat sukar diperoleh

Anggaran Waktu Membaca:
Data perubatan dari serangan siber SingHealth "boleh peroleh harga tinggi": para pakar

Seorang pesakit di Poliklinik Bedok. (Gambar: Eastern Health Alliance yang sudah bergabung dengan SingHealth)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 11:17PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 11:19PM

SINGAPURA: Kumpulan-kumpulan individu yang "mempunyai sumber dan dana yang banyak serta akses kepada teknologi canggih" mungkin dalang di sebalik serangan siber yang tidak pernah berlaku terhadap pangkalan data SingHealth yang menyasarkan rekod-rekod peribadi dan perubatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong selain butiran 1.5 juta pesakit, menurut seorang pakar keselamatan siber.

Presiden firma keselamatan siber, FireEye, bagi Asia Pasifik Eric Hoh berkata bahawa serangan siber itu "amat berbeza" daripada cara penjenayah siber biasa yang lazimnya menjual data yang dicuri ataupun menggunakannya bagi perisian tebusan.

Namun, perkara tersebut belum berlaku sejak pencerobohan ke atas pangkalan data SingHealth dikesan dan digagalkan pada 4 Julai.

Menurut Encik Hoh, rekod perubatan seorang pegawai berpangkat tinggi, akan memberikan para penggodam peluang untuk menggunakan data yang dicuri untuk "memaksa" individu berkenaan mendedahkan rahsia atau memberikan akses kepada sumber-sumber yang tidak biasanya tidak boleh diperolehi.

Menyokong pengamatan itu, Ketua penyelidik keselamatan firma Acronis, Ravikant Tiwari berkata bahawa rekod perubatan yang dicuri selalunya digunakan bagi membantu perbuatan perisikan sekiranya individu yang disasarkan merupakan seorang pegawai perpangkat tinggi.

Seorang lagi pakar keselamatan siber, Leonard Kleinman pula menarik perhatian bahawa data perubatan mengandungi pelbagai maklumat termasuk data peribadi hingga perincian kewangan seseorang individu.

Sementara itu, pengarah pengurusan Darktrace Asia Pacific, Sanjay Aurora memberitahu Mediacorp menerusi satu emel bahawa ia hanya mampu membuat andaian motif di sebalik serangan tersebut, tetapi maklumat perubatan seperti data peribadi yang lain boleh menjana keuntungan.


Bagaimana pun, Encik Aurora menambah bahawa "sebab lebih jahat" mungkin untuk menyebabkan gangguan meluas dan kerosakan besar kepada khidmat jagaan kesihatan ataupun untuk menggugat kepercayaan rakyat akan keupayaan sesebuah negara dalam memastikan data peribadi disimpan dengan selamat. 

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan