Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Data peribadi lebih 808,000 penderma darah di Singapura mungkin sudah diakses online

Maklumat peribadi lebih 808,000 penderma darah di Singapura dibiarkan terdedah untuk diakses secara online selama tempoh sembilan minggu mulai 4 Jan, menyusuli kecuaian seorang pembekal Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Anggaran Waktu Membaca:
Data peribadi lebih 808,000 penderma darah di Singapura mungkin sudah diakses online

Encik Md. Panaulla Ahmed (kiri). (Gambar: Sahafi e Deccan/Facebook)

Diterbitkan : 15 Mar 2019 09:53PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 09:57PM

SINGAPURA: Maklumat peribadi lebih 808,000 penderma darah di Singapura dibiarkan terdedah untuk diakses secara online selama tempoh sembilan minggu mulai 4 Jan, menyusuli kecuaian seorang pembekal Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Maklumat tersebut hanya selamat dikawal pada Rabu (13 Mac) setelah seorang pakar keselamatan siber mengesan kelemahan tersebut.

Menurut HSA, pembekal itu, Secur Solutions Group, diberikan salinan semua rekod penderma darah HSA bagi kerja kemas kini. Ini setelah beberapa penderma yang menggunakan kiosk layan-diri berkata data peribadi mereka tidak berdasarkan maklumat terkini.

Pembekal IT itu kemudian meletakkan maklumat tersebut di pangkalan data yang tidak terkawal yang dihubungkan kepada Internet pada 4 Jan tahun ini, dan gagal meletakkan langkah-langakah keselamatan untuk menghalang akses data tersebut tanpa kebenaran.

Maklumat di pangkalan data itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, jantina, jumlah derma darah, tarikh tiga pendermaan darah terakhir, dan dalam beberapa kes, jenis darah, ketinggian serta berat badan.

"Pangkalan data itu tidak mengandungi maklumat peribadi lain yang sensitif, data perubatan atau nombor telefon," menurut HSA dalam satu kenyataan media.

Menurut agensi itu lagi, keputusan pembekal itu untuk meletakkan data penderma di server Internet yang tidak terkawal dilaksanakan tanpa pengetahuan dan kebenaran HSA. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan