Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Data peribadi 30,000 pelanggan e2i mungkin terjejas susuli serangan perisian hasad

Data sekitar 30,000 orang yang pernah menggunakan khidmat-khidmat Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) mungkin terdedah dalam satu serangan perisian hasad.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2021 08:19PM Dikemas Kini : 05 Apr 2021 11:59PM

SINGAPURA: Data sekitar 30,000 orang yang pernah menggunakan khidmat-khidmat Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) mungkin terdedah dalam satu serangan perisian hasad.

Serangan itu disasarkan ke atas emel seorang pekerja vendor pihak ketiga pada bulan lalu.

Antara maklumat yang mungkin digodam termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, butiran pendidikan serta maklumat pekerjaan.

Menerusi kerjasama dengan vendor berkenaan, i-vic International, e2i menyatakan pihaknya telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan keselamatan sistem emel dan rangkaiannya.

e2i menambah bahawa pihaknya sedang menghubungi individu-individu terjejas untuk memaklumkan mereka tentang kejadian tersebut, di samping menawarkan bantuan.

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan