Images

Data geospatial dapat bantu usaha tangani krisis kesihatan COVID-19

SINGAPURA: Dalam edisi Minggu Geospatial Singapura tahun ini, ahli panel dari sektor awam dan privet membincangkan bagaimana teknologi geospatial ataupun data berasaskan lokasi dapat membantu usaha memerangi COVID-19.

OneMap Singapore, misalnya, sudah dimuat turun lebih 200,000 pengguna.

Proses memuat turun itu naik secara mendadak semasa tempoh 'Circuit Breaker'.

Menerusi OneMap Singapore, para penduduk boleh mengenal pasti tempat-tempat untuk mengambil pelitup dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang terdekat serta keadaan kesesakan di sesebuah taman.

Perancangan sedang dilakukan untuk menguji satu versi 3D baru mengikut skala peta, di mana versi percubaannya akan dilancarkan minggu depan. 

- CNA/HK/ha

Top