Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dasar berbilang pihak genting di tengah persaingan kuasa besar & COVID-19, tekan Vivian Balakrishnan

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata dasar berbilang pihak menjadi semakin penting sekarang. Ini sedang negara-negara beralih ke dunia berbilang kuasa besar yang bersaing di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jun 2021 06:48PM Dikemas Kini : 23 Jun 2021 08:46PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata dasar berbilang pihak menjadi semakin penting sekarang. Ini sedang negara-negara beralih ke dunia berbilang kuasa besar yang bersaing di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Pada akhir lawatan empat hari ke Hanoi, Dr Balakrishnan berkata perkara itu ditimbulkan semasa Mesyuarat Asia-Eropah di Vietnam.

Beliau berkata penekanan terhadap dasar undang-undang bagi huraian damai sudahpun dipersetujui oleh Eropah dan Asia.

Turut ditekankan adalah keinginan Asia untuk meluaskan perdagangan, bukan hanya dengan kuasa-kuasa besar tetapi juga Afrika, Amerika Selatan dan Eropah.

Dr Balakrishnan menambah Singapura dan Vietnam juga sedang mengkaji cara untuk membuka semula perjalanan perniagaan dan mungkin lawatan ke tempat-tempat pelancongan terpilih.

Beliau berkata mereka berharap untuk membuat persediaan untuk itu menjelang hujung tahun ini.

Menurut Dr Balakrishnan, Vietnam bagaimanapun perlu terlebih dahulu mempergiatkan program vaksinasinya. 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan