Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dapatkan vaksin COVID-19 seawal mungkin, jangan tunggu jenama tertentu, gesa Lawrence Wong

Apabila tiba waktunya, orang ramai harus dapatkan vaksin yang diluluskan, dan bukannya melengahkannya dan menunggu jenama lain, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong pada Rabu (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Dapatkan vaksin COVID-19 seawal mungkin, jangan tunggu jenama tertentu, gesa Lawrence Wong

Encik Lawrence Wong menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 13 Jan 2020 (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 08:03PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 08:14PM

SINGAPURA: Apabila tiba waktunya, orang ramai harus dapatkan vaksin yang diluluskan, dan bukannya melengahkannya dan menunggu jenama lain, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong pada Rabu (13 Jan).

"Apa yang kita ada hari ini adalah vaksin diluluskan yang selamat, yang berkesan," kata Encik Wong.

Singapura sudah membuat tempahan pembelian tiga vaksin, Pfizer-BioNTech, Moderna dan Sinovac, dengan dua vaksin terakhir sedang menjalani "proses penilaian ketat" oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA), kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di Parlimen awal bulan ini .

Kedua-dua menteri itu, yang merupakan pengerusi bersama jawatankuasa pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19, bercakap kepada pihak media setelah menerima dos pertama masing-masing vaksin Pfizer-BioNTech di Hospital Kwong Wai Shiu pada Rabu.

Encik Gan berkata bahawa vaksin Sinovac belum diluluskan.

"Kami masih menunggu lebih banyak data dan kami akan menyemak data dengan cermat apabila ia tersedia, daripada bergantung pada angka yang dilaporkan. Jadi, lebih baik bergantung pada data rasmi yang diterima dari Sinovac itu sendiri," katanya.

Pada Selasa, para penyelidik mendedahkan bahawa vaksin dihasilkan oleh Sinovac, yang diberi nama CoronaVac, adalah 50.4 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan bergejala dalam satu ujian di Brazil, jauh lebih rendah berbanding kadar yang diumumkan minggu lalu.

Moderna sudahpun menyerahkan data vaksinnya yang sedang dinilai oleh HSA, kata Encik Wong.

Jika diluluskan untuk digunakan di Singapura, vaksin Moderna dan Sinovac akan digunakan dalam program vaksinasi Singapura, tambahnya.

Encik Wong menarik perhatian kepada persamaan antara vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna, sambil menambah bahawa kedua-duanya berdasarkan teknologi 'messenger RNA' (mRNA) dan mempunyai kadar keberkesanan yang serupa, sekitar 95 peratus.

Vaksin Sinovac pula menggunakan teknologi vaksin yang tidak aktif, yang menggunakan bentuk virus hidup yang lemah untuk merangsang badan untuk menghasilkan tindak balas imun. Ia serupa dengan vaksin selesema dan cacar air.

"Kami masih perlu melihat datanya, kami masih perlu melihat apakah itu lebih berkesan, sebagai contoh - untuk golongan tertentu," kata Encik Wong.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan